MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENAIKTARAF LALUAN 64 JALAN BENTA–JERANTUT–MARAN (FASA 3 SEGMEN 1) DAERAH JERANTUT

08022026-Penyerahan-Projek-Naiktaraf-Laluan-64-Jalan-Benta-Jerantut-Maran 001

YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia telah merasmikan Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Laluan 64 Jalan Benta–Jerantut–Maran (Fasa 3 Segmen 1) daerah Jerantut pada hari Ahad, 08 Februari 2026.

Turut hadir sama dalam majlis ini ialah YB. Dato’ Ir. Razali bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang; YB. Ir. Ts. Hj. Khairil Nizam bin Khirudin, Ahli Parlimen Jerantut serta YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Projek bernilai RM102.1 juta ini melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan daripada piawaian R3 kepada R5, pembinaan dua jambatan baharu serta pembaikan tiga jambatan sedia ada sepanjang jajaran tujuh (7) kilometer.

Pelaksanaan projek ini bertujuan menangani isu jalan terputus semasa musim banjir, di samping meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta mengurangkan kadar kemalangan.

Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

SUMBER: FB JKR Malaysia.

08022026-Penyerahan-Projek-Naiktaraf-Laluan-64-Jalan-Benta-Jerantut-Maran 002
08022026-Penyerahan-Projek-Naiktaraf-Laluan-64-Jalan-Benta-Jerantut-Maran 004
08022026-Penyerahan-Projek-Naiktaraf-Laluan-64-Jalan-Benta-Jerantut-Maran 005
08022026-Penyerahan-Projek-Naiktaraf-Laluan-64-Jalan-Benta-Jerantut-Maran 007
08022026-Penyerahan-Projek-Naiktaraf-Laluan-64-Jalan-Benta-Jerantut-Maran 002
08022026-Penyerahan-Projek-Naiktaraf-Laluan-64-Jalan-Benta-Jerantut-Maran-003
08022026-Penyerahan-Projek-Naiktaraf-Laluan-64-Jalan-Benta-Jerantut-Maran-006