MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEMBINA JAMBATAN BARU DI KAMPUNG ORANG ASLI SUNGAI GABONG DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DAERAH BENTONG, NEGERI PAHANG

287292721

Penyerahan Projek Membina Jambatan Baru di Kampung Orang Asli Sungai Gabong dan Lain-lain Kerja Berkaitan, Daerah Bentong, Pahang telah diadakan pada 17 Jun 2022 (Jumaat) bertempat di Tapak Pembinaan Projek Jambatan Sungai Gabong, Bentong, Pahang.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang kepada YBrs. En Muhamad Bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan Sosioekonomi, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Malaysia. Turut Hadir dalam majlis ini juga adalah Wakil Jurutera Daerah JKR Bentong, En Leonard Chua Yaw Choon, Wakil HOPT dari Cawangan Jalan (Bahagian Pengurusan Projek Luar Bandar), En Harun Al Rasyid, Wakil dari JAKOA Negeri Pahang Puan Naziah Bt Othman, Pegawai JAKOA Bentong, En Zali Rami serta JPKKOA Sungai Gabong.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Bahagian Pengurusan Projek Luar Bandar Cawangan Jalan selaku Pengurus Program, Bahagian Rekabentuk Jambatan Cawangan Jalan Selaku HODT serta Jurutera Daerah JKR Daerah Bentong telah diberikan tanggungjawab sebagai Pegawai Penguasa untuk menyelia projek ini. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor yang terpilih iaitu Megabina Trading dengan siling peruntukan berjumlah RM 3,400,000.00 dan harga kontrak terlaras adalah RM 3,048,389.50.

Skop utama projek ini adalah membina jambatan baru bersebelahan jambatan sediada yang telah uzur dan berjaya disiapkan awal dari tarikh siap kontrak.

Dengan siapnya projek ini, ia dapat memberikan kemudahan pengangkutan, meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna iaitu penduduk tempatan khususnya, juga akan meningkatkan aktiviti ekonomi penduduk tempatan, pembangunan, rekreasi dan pelancongan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Bahagian Jalan JKR Bentong dengan kerjasama dan sokongan yang sangat baik dari Pasukan HOPT dan HODT, komitmen yang baik dari Megabina Trading dan semestinya saluran peruntukan dari pihak pelanggan sendiri iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dari peringkat Ibu Pejabat sehingga ke peringkat JAKOA Daerah Bentong.

Jutaan terima kasih juga pada semua yang terlibat dalam menjayakan projek dan majlis penyerahan ini.

287292721