MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEMBINA BARU MASJID KG. SOM, JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR

MsjKgSOm01

Majlis Penyerahan Projek Membina Baru Masjid Kg. Som, Jerantut, Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Febuari 2023 (Rabu) bertempat di tapak projek masjid tersebut di Kg. Som, Jerantut, Pahang.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, DIMP., Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang bersama-sama YBrs. Puan Norliza Binti Mohamed Ali, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Pahang selaku wakil kepada pihak pelanggan. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. En. Rizal Bin Mustafa, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, YBrs. Ir. Adly Bin Dasril selaku Jurutera Daerah dan Pegawai Penguasa bagi projek ini, YBrs. Haji Syarifuddin Bin Mohamad Sa’ad, Al-Fadhil Qadhi Daerah Jerantut, wakil Ketua Pasukan Projek (HOPT), wakil dari semua Pasukan Rekabentuk (HODT), wakil pihak kontraktor utama dan kontraktor yang dinamakan (NSC).

Projek ini dilaksanakan secara konvensional dalaman yang menggunakan lukisan Piawai Masjid 200 jemaah yang direkabentuk oleh Pasukan Rekabentuk JKR Pahang dengan siling projek sebanyak RM 2.5 juta. Skop projek melibatkan pembinaan Blok Bangunan Masjid berkapasiti 200 jemaah, Blok Tandas Lelaki dan Wanita, Blok Bangunan Memasak dan Blok Bangunan Jenazah.

Tempoh penyiapan kontrak asal projek ini adalah selama 96 minggu iaitu bermula 17 November 2020 sehingga 19 September 2022. Namun begitu, projek ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh penyiapan kontrak asal dimana projek ini berdepan dengan krisis pandemik Covid-19 yang berlaku. Berkat kesungguhan pasukan kontraktor utama iaitu Kualiti Ahmad Enterprise bersama kontraktor elektrik dari Sym Energy Trading dan kontraktor mekanikal dari AMI Enterprise telah berjaya menyiapkan projek dengan jayanya dengan lanjutan masa (Extension of Time) dan disiapkan sepenuhnya dengan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah dikeluarkan pada 03 Februari 2023 iaitu lebih awal dari tarikh patut siap semasa pada 28hb April 2023.

Matlamat utama pembinaan masjid ini adalah untuk memenuhi keperluan penduduk di Kg. Som dan kampung-kampung sekitarnya berkeupayaan menampung kapasiti seramai 200 orang jemaah bagi menggantikan masjid lama di kampung tersebut.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jurutera Daerah JKR Jerantut selaku Pegawai Penguasa Projek, JKR Negeri Pahang, Ketua Pasukan Projek (HOPT), semua Bahagian Rekabentuk (HODT), Pasukan Penyeliaan Tapak Bina JKR Jerantut, Pejabat Pejabat Pembangunan Negeri Pahang, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, Pejabat Agama Islam Daerah Jengka, kontraktor-kontraktor seterusnya semua pihak yang telah berusaha gigih dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyiapan projek ini.

MsjKgSOm02
MsjKgSOm03
MsjKgSOm04
MsjKgSOm05