MAJLIS PENYERAHAN PROJEK CADANGAN MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA BANGUNAN PEJABAT TENAGA KERJA BENTONG PAHANG, JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (PENYIAPAN BAKI KERJA)

29-11-2023 Majlis Penyerahan Projek Kepada Pelanggan

Majlis Penyerahan Projek Cadangan Meroboh Dan Membina Semula Bangunan Pejabat Tenaga Kerja Bentong Pahang, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia (Penyiapan Baki Kerja) kepada pihak pelanggan telah diadakan pada 29 November 2023 lalu dan telah disempurnakan oleh YBrs.  Ir. Mohd Rozaiman bin Sulaiman, Jurutera Daerah JKR Bentong, selaku Wakil Pegawai Penguasa dengan membuat simbolik penyerahan projek kepada pihak pelanggan iaitu Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam majlis ini.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Perunding dengan Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (CKBA2) selaku Pengurus Program, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang selaku Pegawai Penguasa dan Jurutera Daerah JKR Bentong selaku Wakil Pegawai Penguasa. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor yang terpilih iaitu CKJ Engineering & Services Sdn. Bhd. dengan siling peruntukan berjumlah RM 3.2 juta.

Majlis turut dihadiri oleh YBrs. En Kamal Bin Pardi, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Pn. Ainun Madihah Binti Jaafar, Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Sumber Manusia (KSM), Tuan Haji Pezman Bin Che Hussin , Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pahang (JTK Negeri Pahang) dan En. Zairiasdi Bin Mohd Zainuddin, Penolong Pengarah Tenaga Kerja Bentong, kakitangan JKR Daerah Bentong, arkitek, perunding, serta kontraktor utama.

Semoga Projek yang telah diserahkan ini memberi impak positif kepada penduduk setempat sebagai salah satu infrastruktur yang memberi kemudahan kepada penduduk di daerah Bentong dan sekitarnya.

29-11-2023 -002
29-11-2023 - 003