MAJLIS PELANCARAN EKSA 2023 JKR PAHANG

EKSA-DIY-2023 01

Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Do It Yourself (DIY) Peringkat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang telah diadakan pada 6 Julai 2023 (Khamis) di Tingkat 13, Kompleks Tun Razak (KOMTUR) yang melibatkan warga JKR Negeri Pahang termasuk semua Jurutera Daerah dan Ketua Cawangan.

Majlis ini merupakan simbolik bermulanya usaha JKR Pahang dalam memperbaharui pemilikan Sijil EKSA DIY dan sebagai langkah promosi EKSA DIY bagi mengekalkan Ekosistem yang Kondusif di pejabat – pejabat JKR Pahang. Melalui majlis ini juga, YH. Dato’ Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang menyeru kepada semua Jurutera Daerah dan Ketua Cawangan untuk turut sama bergerak seiring dengan perubahan dan kehendak semasa persekitaran kondusif di tempat kerja sepertimana yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pengurusan (JPP) Bil.18/2015 bertarikh 23 September 2015.

EKSA-DIY-2023 02
EKSA-DIY-2023 03