Majlis Pelancaran Buku Manual EKSA Kendiri dan Gotong-Royong Perdana Peringkat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Disember 2025 (Rabu) di Dewan Bakawali Tingkat 0, Kompleks Tun Razak (KOMTUR). Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP., Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang. Majlis ini telah dihadiri oleh semua Ketua Bahagian, pegawai-pegawai kanan serta semua kakitangan Ibu Pejabat JKR Negeri Pahang.
Majlis Pelancaran ini menjadi satu lagi langkah penting dalam usaha bagi memperkukuh budaya kerja yang lebih sistematik, kondusif dan berdaya saing dalam Jabatan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana, ketua-ketua zon serta semua warga kerja Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang yang terlibat dan telah menjayakan inisiatif ini dengan penuh dedikasi serta diharapkan semoga semangat kerjasama ini akan terus kukuh dan menjadi budaya yang konsisten di Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang.













