LAWATAN TEKNIKAL TAPAK KE PROJEK EAST COST RAIL LINK (ECRL) DI SEKSYEN 6 (PAHANG)

ECRL Seksyen 6B 01

Satu lawatan teknikal ke tapak Projek East Coast Rail Link (ECRL) di Seksyen 6B di Daerah Temerloh, Pahang telah diadakan pada 24 November 2022. Tujuan lawatan teknikal ini diadakan adalah untuk membincang Pengesahan Pelan Pengambilan Tanah Tambahan Road Under Bridge (RUB) bagi menggantikan ROW jalan JKR. Lawatan ini telah dihadiri oleh 3 orang kakitangan dari Bahagian Jalan, JKR Pahang yang diketuai oleh Encik Che Mohd Rosli bin Che Awang, Jurutera Awam Jalan JKR Pahang dan 3 orang kakitangan my-step program under MRL Malaysia Rail Link (MRL) di Bahagian Jalan serta Encik Syed Mohd Naim bin Syed Rozali, Jurutera Awam Jalan JKR Temerloh

Sesi taklimat berkaitan Projek ECRL telah disampaikan oleh Ir. Tan Voong Seong, Pengurus Pembinaan di Seksyen 6B. Kemudian ke tapak Lintasan RUB 25-Jalan Kampung Tebal, Temerloh. Lawatan seterusnya ke Lintasan RUB 28-Jalan Sri Tualang, Temerloh dan lawatan tapak yang terakhir di Lintasan RUB 29-Jalan Belengu, Temerloh.

ECRL Seksyen 6B 02
ECRL Seksyen 6B 03