KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN TAHUN 2024 ANJURAN JABATAN KERJA RAYA NEGERI PAHANG

26062024 _001

Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan Tahun 2024 Anjuran Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang telah berlangsung pada 26 hingga 28 Jun 2024 bertempat di Dewan Bakawali, Tingkat 0, Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Kuantan Pahang.

Kursus ini telah dihadiri seramai 50 orang kakitangan yang terdiri daripada Pegawai Aset, Pembantu Pegawai Aset dan Pegawai Pemeriksa Aset di seluruh JKR Negeri Pahang. Penceramah jemputan pada kali ini ialah En. Mohd Ghazali Bin Yusuf daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Objektif kursus ini diadakan ialah seperti berikut :

  1. Menerapkan kefahaman kepada peserta kursus untuk memahami dasar, sistem tatacara Pengurusan Aset;
  2. Memahami tatacara pengendalian Aset dari segi rekod;
  3. Membolehkan peserta memahami objektif dan definisi Pengurusan Aset dan Stor dari segi proses penjagaan, mengawal, memelihara dan menyelenggara Aset;
  4. Memastikan wujud pangkalan data yang lengkap, tepat dan kemaskini bagi memudahkan penyelenggaraan, pelupusan dan penggantian aset;
  5. Membolehkan peserta memahami tugas dan tanggungjawab sebagai Pegawai Aset dan Stor; dan
  6. enanam kesedaran kepada peserta berhubung kepentingan pematuhan tatacara yang berkuatkuasa serta implikasi pelanggaran tatacara terhadap jabatan dan individu.

26062024 002