KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH KERJA RAYA KE ATAS YAB. MENTERI BESAR PAHANG DAN PROGRAM BERSAMA WARGA KERJA JABATAN KERJA RAYA NEGERI PAHANG

09042025-Kunjungan-Hormat-KPKR-001

Pada 9 April 2025, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang berlangsung di Pejabat Menteri Besar, Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah, di Kotasas Kuantan Pahang. Turut mengiringi beliau adalah YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri Bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat; YH Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang serta pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik antara Pengurusan Atasan JKR Malaysia dan pentadbiran kerajaan Negeri Pahang dan dalam masa sama membincangkan beberapa input dua hala antara kerajaan Negeri Pahang dan JKR Malaysia dalam memastikan visi dan misi JKR Malaysia dalam menyediakan infrastruktur untuk rakyat dapat diteruskan dengan cemerlang.

09042025-Kunjungan-Hormat-KPKR-002
09042025-Kunjungan-Hormat-KPKR-003

YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail juga sempat meluangkan masa bersama warga kerja Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang sejurus selepas kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar yang diadakan di Dewan Bakawali, Kompleks Tun Razak. Dalam sesi tersebut, Ketua Pengarah Kerja Raya telah menitipkan amanat yang amat bermakna untuk warga kerja JKR Pahang agar dapat memberi sepenuhnya komitmen dalam setiap tugasan dan sentiasa menerapkan nilai integriti dalam perkhidmatan.

Semoga amanat yang disampaikan dapat memberi maafaat kepada seluruh warga kerja JKR Negeri Pahang. JKR Negeri Pahang mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Ketua Pengarah Kerja Raya YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail meluangkan masa bersama warga kerja JKR Negeri Pahang.

09042025-Kunjungan-Hormat-KPKR-004
09042025-Kunjungan-Hormat-KPKR-005
09042025-Kunjungan-Hormat-KPKR-006