JABATAN KERJA RAYA (JKR) NEGERI PAHANG UNGGULI ANUGERAH PENTADBIRAN CEMERLANG (APEC) SEMPENA MAJLIS ANUGERAH PAHANG 1ST TAHUN 2025

Pahang1st_2025_Penarafan-_Emas-APEC 000

JKR Negeri Pahang sekali lagi menerima Penarafan Emas Anugerah Pentadbiran Cemerlang (APEC) sempena Majlis Anugerah Pahang 1st Tahun 2025 yang telah berlangsung pada 9 Disember 2025 di Kuantan malam tadi. Ini menjadikannya Penarafan Emas kali kedua berturut-turut bagi anugerah yang sama di mana Penarafan Emas pertama telah diterima pada tahun 2023.

Anugerah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail kepada Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, DIMP.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen seluruh warga JKR Negeri Pahang dalam kecemerlangan pentadbiran, inovasi dan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Pahang1st_2025_Penarafan-_Emas-APEC 002
Pahang1st_2025_Penarafan-_Emas-APEC 003