HARI INOVASI KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN AGENSI TAHUN 2022

2022 Hari Inovasi KKR dan Agensi 01

“Warga Inovatif, Aspirasi Keluarga Malaysia”

31.10.2022 – Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya (KKR) Dan Agensi Tahun 2022 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia.

Majlis yang berlangsung pada 31 Oktober 2022 telah diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), Jabatan Kerja Raya Malaysia ini bertemakan “Warga Inovatif, Aspirasi Keluarga Malaysia”.

Berikut merupakan anugerah yang dimenangi oleh JKR Pahang :

1.Johan – Anugerah Inovasi Pengurusan Pembinaan Terbaik, Kategori Projek Melebihi RM 20 Juta bagi Projek Membina Dan Menyiapkan Baki Kerja Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang.

2.Johan (JKR Daerah Jerantut ) – Anugerah Inovasi Pengurusan Pembinaan Terbaik, Kategori Projek RM 500 Ribu hingga RM 20 Juta bagi Projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) Kg. Labu Jerantut, Pahang.

Dengan adanya Anugerah seperti ini diharap ianya dapat memberi motivasi dan menyuntik semangat kepada semua kakitangan di JKR Negeri Pahang.

Tahniah kepada semua pemenang. Semoga menjadi pendorong kepada semua Warga JKR Pahang.

2022 Hari Inovasi KKR dan Agensi 014
2022 Hari Inovasi KKR dan Agensi 012
2022 Hari Inovasi KKR dan Agensi 016