BENGKEL PROJECT LESSON LEARNED (PLL) JKR PAHANG TAHUN 2023

2023 01 Bengkel Project Lesson Learned

Satu Bengkel Project Lesson Learned (PLL) JKR Pahang 2023 telah dilaksanakan pada 7 dan 8 November 2023 bertempat di Dewan Bakawali, Kompleks Tun Razak (KOMTUR) melibatkan tiga (3) projek yang telah siap pada tahun ini iaitu Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters Bandar Raub, Raub, Pahang, Membina Masjid Baru Di Kg. Som, Jerantut, Pahang dan Membina Baru Masjid Felda Chempaka Jengka 2, Maran, Pahang.

Bengkel ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Tuan Ir. Hj Mohd Faizarudin bin Hj. Mohd Noor, Jurutera Daerah Bera dan dihadiri seramai 24 orang peserta melibatkan HOPT, HODTs dan pejabat seliatapak.

Objektif bengkel ini adalah mengumpulkan semua pengalaman yang diperolehi semasa pelaksanaan projek bagi menghasilkan dokumen PLL untuk penambahbaikan pada masa depan. Dokumen PLL ini juga merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Pelan Bisnes Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang.

Sesi bengkel dimulakan dengan taklimat Pengenalan Project Lesson Learned oleh penceramah, kemudian diikuti dengan sesi perbincangan di dalam kumpulan dan seterusnya pembentangan hasil dapatan.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada penceramah, para peserta bengkel dan urusetia yang telah bersama-sama menjalankan bengkel ini dengan jayanya.

2023 02 Bengkel Project Lesson Learned
2023 03 Bengkel Project Lesson Learned
2023 04 Bengkel Project Lesson Learned