BENGKEL HANDS-ON PELUPUSAN FAIL DAN DOKUMEN PERINGKAT IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA NEGERI PAHANG

05062024 001

Bengkel Hands-on Pelupusan Fail dan Dokumen Peringkat Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang telah diadakan di Bangunan Kompleks Tun Razak, KOMTUR pada 5 – 6 Ogos 2024 lalu. Bengkel ini merupakan kali pertama yang diadakan dengan menggabungkan semua bahagian-bahagian di Ibu Pejabat JKR Negeri Pahang bermula dari proses permohonan pelupusan fail dan dokumen sehinggalah proses pelupusan. Bengkel ini telah dihadiri seramai 60 orang kaki tangan Jabatan.

Bengkel ini melibatkan 3 orang fasilitator daripada pihak Arkib Negara, Negeri Pahang di mana mereka akan memberikan taklimat dan memantau secara menyeluruh segala proses berkaitan sehingga selesai.

Semua dokumen bagi permohonan pelupusan yang telah selesai direkodkan, akan diterima secara terus oleh pihak Arkib Negara, Negeri Pahang bagi mendapatkan kelulusan pelupusan daripada Pengarah Arkib Negara, Negeri Pahang. Dengan cara ini, proses pelaksanaan pelupusan untuk semua bahagian akan dapat diselesaikan dengan kadar yang singkat.

IMG_1009_05062024
IMG_1014_05062024
IMG_1037_05062024