AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SPKKP) MS ISO 45001:2018 JKR MALAYSIA TAHUN 2023

AUDIT SKKP 2023 01

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) MS ISO 45001:2018 oleh JKR Malaysia telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 14 hingga 16 Ogos 2023 di Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang.

Tujuan audit ini dilaksanakan adalah bagi menilai pematuhan terhadap Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) MS ISO 45001:2018 yang melibatkan projek-projek dengan kos kontrak bernilai RM 20 juta ke atas bagi penyeliaan projek di peringkat pembinaan. Sebanyak 4 projek yang terlibat dengan auditan ini melibatkan 1 projek di JKR Daerah Maran, 2 projek di JKR Daerah Jerantut dan 1 projek di Pasukan Projek Persekutuan Negeri.

Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) MS ISO 45001:2018 ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Haji Rosnan Bin Hussin, AAP., AMP. Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang pada 14 Ogos 2023 jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Anggerik, Tingkat 13 Komtur.

Pengerusi berharap agar audit yang dilaksanakan dapat meningkatkan lagi pematuhan terhadap Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) MS ISO 45001:2018 seterusnya memantapkan lagi organisasi JKR Negeri Pahang yang bukan sahaja memberikan perkhidmatan dan kepakaran teknikal tetapi juga dengan memastikan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di dalam pelaksanaan projek di JKR Pahang dilaksanakan secara efektif dengan penambahbaikan yang berterusan selaras dengan misi, visi dan objektif Jabatan ke arah membudayakan sistem kerja yang selamat dan sihat dari semasa ke semasa.

Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah memberi komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang pelaksanaan audit tersebut juga terima kasih diucapkan kepada pasukan audit di atas segala teguran dan cadangan penambahbaikan yang diberikan.

AUDIT SKKP 2023 06
AUDIT SKKP 2023 07
AUDIT SKKP 2023 08