Agihan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Penduduk Luit, Maran, Pahang

Maran, 7 Januari 2021 – Agihan sumbangan bantuan kepada kakitangan JKR Maran serta penduduk Kg Luit, Maran, Pahang yang dilanda banjir baru-baru ini telah berlangsung pada 6 Januari 2021.

Program agihan sumbangan tersebut telah diketuai oleh, YDP Kelab Sukan & Kebajikan Ibu Pejabat JKR Negeri Pahang, YBrs. Ir. Ahmad Azizi bin Ismail dan Kakitangan Ibupejabat JKR Negeri Pahang serta JKR Daerah Maran.

Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa banjir di kawasan tersebut. Semoga usaha sebegini diteruskan pada masa yang akan datang.