LAWATAN ASET JALAN DI LALUAN FT3 DAERAH PEKAN – ROMPIN OLEH YBHG. DATUK WIRA Ir. ROSLAN BIN ISMAIL, KETUA PENGARAH KERJA RAYA MALAYSIA

13102025-Lawatan-Aset-Jalan-di-FT3-Pekan-_-Rompin-KPKR-001

PEKAN,13 Oktober 2025 (Isnin) – Lawatan Aset Jalan di Laluan FT3 Daerah Pekan – Rompin oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

Turut hadir pada sesi lawatan tersebut ialah Puan Ir. Atikah binti Zakaria@Ya, Pengarah Kanan Cawangan Jalan JKR Malaysia, Tuan Ir. Ts. Haji Mohd Nasir bin Bontat, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR Malaysia, YH Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Tuan. Ir. Ts. Norfaizal bin Mohamed Salleh, Jurutera Daerah Pekan, Tuan Ir. Ts. Mohd Faiz bin Mohd Faudzi, Jurutera Daerah Rompin dan pegawai-pegawai kanan.

Lawatan ini bertujuan bagi meninjau keadaan aset jalan di Laluan FT 3 Jalan Kuantan – Pekan – Rompin dan diharap dapat memperkukuhkan lagi komitmen JKR dalam memastikan aset jalan sentiasa berada dalam keadaan terbaik, selamat, dan memberi manfaat optimum kepada pengguna.

Dalam sesi tersebut, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan turut beramah mesra dengan warga kerja JKR Pekan, sambil berkongsi pandangan dan aspirasi beliau bagi menerapkan konsep ” I AM JKR ” dalam diri seluruh warga JKR.

Sumber: JKR Daerah Pekan

13102025-Lawatan-Aset-Jalan-di-FT3-Pekan-_-Rompin-KPKR-002
13102025-Lawatan-Aset-Jalan-di-FT3-Pekan-_-Rompin-KPKR-003
13102025-Lawatan-Aset-Jalan-di-FT3-Pekan-_-Rompin-KPKR-004
13102025-Lawatan-Aset-Jalan-di-FT3-Pekan-_-Rompin-KPKR-006
13102025-Lawatan-Aset-Jalan-di-FT3-Pekan-_-Rompin-KPKR-005
13102025-Lawatan-Aset-Jalan-di-FT3-Pekan-_-Rompin-KPKR-007
13102025-Lawatan-Aset-Jalan-di-FT3-Pekan-_-Rompin-KPKR-008