PENYERAHAN KENDERAAN BARU JKR NEGERI PAHANG TAHUN 2024

25102024 Penyerahan Kenderaan JKR Pahang

Pada 25 Oktober 2024, 8.30 pagi bertempat di perkarangan lobi utama Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, Kuantan telah berlangsung satu sesi penyerahan 10 buah kenderaan baru Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang yang terdiri daripada kenderaan pacuan 4 roda (pickup truck) dan lori flat bottom GVW 5000 kg dan GVW 7500 kg kepada kepada Jurutera-Jurutera Daerah dan Ketua Cawangan.

Simbolik penyerahan kenderaan-kenderaan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria dengan diiringi oleh YBrs. Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Ir. Haji Rosnan bin Hussin dan Ketua Jurutera Mekanikal Negeri, Ir. Mat Nizi bin Mamat.

Pembelian kenderaan tersebut adalah sebahagian dari perolehan kenderaan logistik bencana alam fasa 2 tahun 2023 yang telah diluluskan oleh Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang.

Pejabat JKR Daerah & Cawangan yang menerima kenderaan tersebut adalah Ibu Pejabat JKR Pahang, JKR Daerah Temerloh, JKR Daerah Lipis, JKR Daerah Pekan, JKR Daerah Rompin, JKR Daerah Raub dan JKR Daerah Bera. Manakala JKR Cawangan pula ialah Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pahang, JKR Kuari Pusat Pekan Awah dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Pahang Barat.