Soalan Lazim | Bantuan | Pasukan Web Pilih Tema :

Portal Rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9 - 12, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25582 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Telefon: 09-5717000 Fax: 09-5732837
Lokasi GPRS : 3°49'47.07"N,103°17'29.95"E

Font Size
   

Lain-Lain Iklan Tender & Sebutharga

Tender & Notis Sebutharga JKR Pahang
Rabu, 22 April 2009 11:52

Jadual Kadar Harga

Oleh: 
Undi Artikel ini
(0 undian)

Tajuk : Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Kecil dan Memperbaiki

Jadual Kadar Harga Kerja-kerja Kecil dan Memperbaiki dikemaskini setiap dua tahun sekali oleh Bahagian Perolehan dan Khidmat Kos, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan berdasarkan ketetapan Kementerian Kewangan. Jadual Kadar Harga ini hendaklah digunakan untuk perkiraan kos bagi kerja-kerja yang dijalankan secara undi dan tidak sekali-kali boleh digunakan untuk mengira harga bagi kerja-kerja perubahan (VO) di dalam mana-mana kontrak yang berasaskan senarai kuantiti atau pelan dan spesifikasi.

Kerja-kerja undi yang dimaksudkan di sini ialah kerja-kerja memperbaiki bangunan, jalan, longkang, membersihkan kawasan dan lain-lain kerja pembaikan yang tidak mengubah struktur asal yang nilainya tidak melebihi RM100,000. Jadual Kadar Harga ini disusun mengikut senarai ketukangan kerja berkaitan dengan pembaikan dan pengubahsuaian.

Ia dijual kepada orang awam di Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur dengan harga RM20.00 senaskhah.

Terbitan : 2008

sila klik untuk melihat isi kandungan buku (pdf)

 

Tajuk : Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Kecil dan Memperbaiki

Keterangan : Penggunaan Jadual Kadar Harga ini adalah terhad kepada kerja yang bernilai RM100,000.00 ke bawah yang diperolehi secara undi.

JKH ini dikemaskini 2 tahun sekali oleh Unit Kos, CKUB berasaskan harga pasaran semasa bahan-bahan binaan, upah buruh dan sewa loji/jentera.

Ia disusun mengikut senarai ketukangan kerja berkaitan dengan pembaikan dan pengubahsuaian.

Ia dijual kepada orang awam di Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur dengan harga RM20.00 senaskhah.

Terbitan : 2006

sila klik untuk melihat isi kandungan buku (pdf)

 

Tajuk : Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-kerja Pukal

Keterangan : Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-Kerja Pukal merupakan sebahagian daripada dokumen bagi kontrak yang berasaskan lukisan dan Spesifikasi untuk digunakan sebagai asas dalam penilaian perubahan kerja.

JKH ini dikemaskini 2 tahun sekali oleh Unit Kos, CKUB berasaskan harga pasaran semasa bahan-bahan binaan, upah buruh dan sewa loji/jentera.

Ia disusun mengikut senarai ketukangan kerja iaitu: Piling, Excavation, Concretor, Bricklayer, Drainlayer, Roofer, Carpenter and Joiner, Ironmongery, Steel and Ironworker, Pavior, Plasterer and Tile Fixer, Plumber, Glazier, Painter and Road, Culvert, Fencing and Turfing.

Ia dijual kepada orang awam di Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur dengan harga RM5.00 senaskhah.

Telah dibaca sebanyak 14399 kali Kemaskini Terakhir Isnin, 03 Mei 2010 16:03
Pentadbir Web

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya sendiri dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Laman Web: jkr.pahang.gov.my
Lain-lain lagi dalam kategori ini: Info Tender »


Portal JKR Negeri

Pengarah Kerjaraya Pahang Facebook

Temui Kami juga di :

Imbas Kod

Portal ini boleh di akses melalui PDA, Ipad,Ipod
Tarikh kemaskini pada: 18-November-2013

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Hakcipta © 2005 - 2013 Portal Rasmi JKR Negeri Pahang. Rekabentuk Oleh Pasukan Portal Rasmi JKR Negeri Pahang
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox versi 7.0 dan Internet Explorer 8 ke atas serta resolusi monitor 1024x768
Di selenggara oleh: Bahagian Korporat, JKR Negeri Pahang