Laporan Pembaikan Kenderaan

Laporan Pembaikan Kenderaan JKR Pahang sehingga Ju...

25 Jun 2019

Laporan Pembaikan Kenderaan JKR Pahang sehingga Jun 2019- sila download file pdf dan exell dibawah untuk maklumat terperinci.

Sebutharga Mekanikal

KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN PENGGANTIAN SISTEM PAM S...

11 Julai 2019

KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN PENGGANTIAN SISTEM PAM SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI AKADEMI MARITIM SULTAN AHMAD SHAH (AMSAS) GEBENG, KUANTAN, PAHANG. - Sila muat turun lampiran PDF...

SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENYELE...

15 Julai 2019

SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENYELENGGARAAN MESIN FOTOSTAT PELBAGAI KEUPAYAAN (COPY, PRINTING, SCANNING) UNTUK KEGUNAAN DI PEJABAT JKR CAWAGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL NEGERI, KUANTAN, PAHANG BAGI...

Jumaat, 12 April 2013 09:02

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

Ditulis oleh
Nilaikan butir ini
(2 undian)

 

A - Pengenalan


 

Dahulunya dikenali sebagai JKR Worksyop Negeri telah ditubuhkan pada tahun 1962. Pada tahun 1993 nama Jabatan ini telah ditukar kepada Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pahang.  CKMNP merupakan salah satu dari Jabatan di bawah pengurusan Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah J52 dan dibantu oleh Penolong Pengarah Kanan Mekanikal.  CKMNP mentadbir dan mengurus beberapa sub – cawangan seperti berikut:-

1.CKM Negeri Pahang di Kuantan.

2.CKM Pahang Barat, Bentong.

JKR Kuari Pusat Pekan Awah Temerloh & CKM Pahang Tengah, Temerloh.

 

B - Fungsi Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

 

1. Melaksanakan fungsi Pengurus Aset Mudah Alih Kerajaan

JKR Negeri Pahang merupakan Pengurus Aset kepada aset-aset milik Kerajaan Negeri Pahang dan milik Kerajaan Persekutuan yang berada di Negeri Pahang.  CKMNP telah diberikan peranan untuk menguruskan aset-aset mudah alih bagi skop kerja berikut bermula dari masa perolehan sehinggalah aset tersebut dilupuskan.

a] Pepasangan peralatan mekanikal di bangunan [peralatan sistem lif, pencegah kebakaran, hawa dingin, kebuk wasap, LPG, exhaust fan, pam, dan sebagainya. Fungsi ini dilaksanakan oleh Unit Projek.

b] Pasukan Kenderaan, Jentera dan Loji.  Fungsi ini dilaksanakan oleh Unit Workshop.

 

2. Pengurusan Projek Pembangunan

Memberikan khidmat nasihat teknikal [pakar] kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Pahang yang merangkumi skop kerja:-

a]   Penyelenggaraan Harta Modal Peralatan  Mekanikal, PasukanKenderaan, Mesin dan  Jentera.

b]   Pengurusan projek-projek pembangunan  melibatkan pepasangan mekanikal.

c]   Pengerusi bilik gerakan khidmat bantuan lojistik semasa berlaku bencana alam.

 

3. Khidmat Nasihat dan Tenaga Pakar

Memberikan khidmat nasihat teknikal [pakar] kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Pahang yang merangkumi skop kerja:-

a] Penyelenggaraan Harta Modal Peralatan Mekanikal,Pasukan Kenderaan, Mesin dan  Jentera.

b] Pengurusan projek-projek pembangunan   melibatkan pepasangan mekanikal.

c] Pengerusi bilik gerakan khidmat bantuan lojistik semasa berlaku bencana alam.

 

4. Operasi Kuari

Mengurus operasi kuari milik Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Pahang.

 

5. Unit Sokongan JKR Pahang

CKMNP merupakan sebagai unit sokongan kepada Bahagian Jalan, Bahagian Bangunan dan Pejabat-pejabat Jurutera Daerah JKR Pahang.

 

C - Alamat Perhubungan

 

JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri,
Jalan Kemunting 2,
Tanah Putih,
25100 Kuantan. Pahang.

Telefon: 09-513 4040 / 513 1193
Fax: 09-513 7454

 

Baca 16097 kali Dipinda pada Rabu, 13 Mac 2019 17:09
Lagi dalam kategori ini: Cawangan Kejuruteraan Elektrik »

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 15 Julai 2019

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :892
Minggu ini :Minggu ini :6364
Bulan ini :Bulan ini :16767
Keseluruhan :Keseluruhan :2569903
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2018 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang