Rabu, 10 April 2013 16:12

Bahagian Pengurusan Korporat

Ditulis oleh
Nilaikan butir ini
(0 undian)

A.  Pengenalan

  JKR Pahang yang berperanan sebagai agensi pelaksana dan perunding teknikal kepada kerajaan, sentiasa berhadapan dengan beban tugas yang makin mencabar. Sebagai satu langkah untuk meningkatkan prestasi jabatan, Bahagian Pengurusan Korporat telah ditubuhkan pada 16 November 2007 dan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Korporat).

Penubuhan Bahagian Pengurusan Korporat adalah wajar bagi menangani keperluan arus pembangunan terkini JKR Pahang. Ketua Penolong Pengarah Kanan (Korporat) telah dibantu oleh satu orang Penolong Pengarah Kanan (Korporat) Gred J48 yang menerajui unit yang terdiri dari Unit Aduan, Unit Komunikasi & lC]. Unit Pengurusan Kualiti, Unit Pemantauan dan Naziran, Unit Latihan dan Kompetensi.
B. Objektif Bahagian

 
  1. Membantu Pengarah JKR Pahang mencapai prestasi cemerlang melalui penglibatan Pasukan Petugas Khas bagi melaksanakan projek atau program yang ditetapkan, serta inisiatif-inisiatif di bawah JKR Strategic Framework 2016-2020, mempromosikan serta menyokong pelaksanaan strategi dan polisi-polisi lain seperti yang diarahkan oleh KPKR.
  2. Menyelaras pelaksanaan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) yang merangkumi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015, Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) MS ISO 14001:2015, Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) OHSAS 18001:2007 dan Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) MS ISO 50001:2011.
C.

Fungsi Bahagian Pengurusan Korporat

 
  • Menyelaras dan mempromosikan dasar, program dan aktiviti Jabatan secara menyeluruh ke arah pembentukan imej yang positif melalui perancangan promosi dan publisiti yang strategik dan berkesan.
  • Memberikan perkhidmatan sokongan pentadbiran dalam urusan berkaitan Keurus setiaan Mesyuarat dan Jawatankuasa Utama Jabatan.
  • Merancang dan menguruskan Latihan dan Kompetensi kakitangan.
  • Menyelaras dan mempromosikan program pembudayaan ilmu dan pengurusan pengetahuan.
  • Merancang dan menguruskan prasarana dan penggunaan ICT.
  • Menguruskan sistem aduan pelanggan dan komunikasi.

1.

Unit Pengurusan Kualiti

A. Menguruskan pelaksanaan SPK MS ISO 90012000

  1. Audit dalaman
  2. Kajian semula pengurusan
  3. Kursus berkaitan SPK
  4. Pengurusan pengauditan SIRIM
  5. Maklumbalas pelanggan

B. Urusetia Hari Kualiti peringkat JKR Negeri Pahang

2.

Unit Pemantauan Dan Naziran

  1. Memantau dan memastikan pencapaian sasaran milestones dalam SKALA
  2. Merekod kemajuan projek-projek pada setiap minggu melalui sistem SKALA.
  3. Menyediakan laporan prestasi (Fizikal & Kewangan) pelaksanaan projek persekutuan di JKR Pahang
  4. Melaporkan prestasi projek dalam SKALA di Mesyuarat Pagi dan Mesyuarat Pengurusan JKR Pahang.
  5. Menyelaras pelaksanaan tindakan-tindakan di bawah Sistem Star Rating (MAMPU)
3.

Unit Latihan Dan Kompetensi

  1. Menguruskan pelaksanaan Analisa Keperluan Latihan (TNA) kakitangan JKR Pahang
  2. Merancang dan melaksanakan program-program latihan dalaman untuk meningkatkan kompetensi kakitangan
  3. Menyelaras program-program latihan/kursus yang dianjurkan oleh pihak luar
  4. Menguruskan peruntukan latihan
4.

Unit Aduan

  1. Menguruskan penerimaan aduan
  2. Menguruskan pengumpulan data aduan
  3. Mendapatkan maklumbalas berhubung aduan yang diterima
  4. Menguruskan analisa aduan
5.

Unit Komunikasi Dan lCT

  1. Menguruskan kerja-kerja berkaitan dengan komunikasi dan lCT JKR Pahang
  2. Menguruskan laman web JKR Pahang
  3. Menguruskan pelaksanaan rangkaian (network) baru
  4. Menyenggara rangkaian (network) sedia ada
  5. Menyenggara Sistem Perakam Waktu (E-Tass)
D.

Alamat Perhubungan


 

Bahagian Pengurusan Korporat JKR Pahang,
Tingkat 9, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Telefon: 09-571 7000
Fax: 09-573 2837

Baca 4702 kali Dipinda pada Rabu, 15 Ogos 2018 11:27

Hubungi Kami

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837

Share Location JKR Pahang

Kemaskini terakhir: 24 Sept 2018

Saluran Aduan

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

Statistik

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :14
Bulan ini :Bulan ini :6972
KeseluruhanKeseluruhan2342300
HAKCIPTA © 2005 - 2018 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768

Carian