Cetak halaman ini
Isnin, 08 Julai 2019 08:55

Pasukan Projek Persekutuan Negeri

Ditulis oleh
Nilaikan butir ini
(0 undian)

  A - Fungsi Pasukan Projek Persekutuan Negeri

 

1- Mengurus, merancang, menyelaras dan mengawasi / menyelia, menjalankan pemeriksaan, mengawal dan memantau kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan oleh kontraktor dan semua perunding / HODT  yang telah dilantik untuk  kawalan kualiti produk bagi projek Konvensional Dalaman (rekabentuk oleh  HODT JKR) dan Konvensional Perunding dengan memastikan kepatuhan kepada SPB JKR di dalam aktiviti:-

a). Pembinaan

b). Penyerahan

c). Pos Penyerahan

Bagi semua/ projek ……………………..di bawah Pasukan Projek Persekutuan Negeri Pahang.

2- Mengurus, memantau, menyelaras dan menyediakan pelaporan kemajuan projek berasaskan Program Kerja (CPM) (Laporan Kontrak) bagi memastikan pengemaskinian kemajuan fizikal dan kewangan mengikut Garis Panduan Penjadualan Projek JKR melibatkan aktiviti-aktiviti:-

i). Penggunaan Program Kerja dalam memantau kemajuan projek & pelaporan  projek.

ii).Penggunaan dan pengemaskinian Sistem SKALA (penyediaan bayaran interim & catatan kontrak).

3- Mengurus pengurusan kewangan dan kawalan kos termasuk penyediaan peruntukan dan Mengurus dan menyelaras bayaran interim, penilaian semasa bagi progres pembinaan untuk pengesahan tuntutan bayaran interim.

4- Mengurus, menyelaras dan mengadakan mesyuarat tapak, mesyuarat teknikal dan mesyuarat koordinasi mengikut ketetapan dan keperluan semasa (berdasarkan isu-isu kritikal) sepertimana perancangan tahun semasa.

5- Mengurus, menyelaras, menyemak dan mengadakan sesi interaksi bersama pihak klien/ end user, HODT berkaitan bagi kelulusan bahan / material, shop drawing, method of statement, kelulusan mock-up kerja bagi kerja berkaitan mengikut displin masing-masing.

6-Mengurus, menyelaras dan menyediakan Pelan Pengurusan Risiko dan melaksanakan pemantauan berkala melalui daftar risiko bagi memastikan peningkatan kadar kejayaan dan mengurangkan kesan peristiwa risiko.

7-Mengurus dan menyediakan pelaporan berkaitan isu-isu pembinaan dan kontrak di tapak bina kepada Pengurus Besar Kanan Pembinaan mengikut keperluan semasa.

8-Memberi khidmat nasihat teknikal kepada projek-projek di bawah PPPNP setiap masa diperlukan mengikut keperluan.

9-Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

10-Pembangunan Modal Insan Kehadiran Latihan 7 Hari Setahun (100% hadir).

11-Mengurus, menyelaras dan mengadakan mesyuarat membaiki kecacatan mengikut ketetapan.

12-Memantau Kerja Penyenggaraan Pos Penyerahan (Semasa TTK)/ kerja-kerja membaiki kecacatan bagi projek di dalam tempoh DLP mengikut ketetapan.

13-Mengurus maklumbalas Pelanggan dan Mengurus Kajian Kepuasan pelanggan di peringkat pembinaan, penyerahan dan pos penyerahan.

 

B - Alamat Perhubungan

 

Pasukan Projek Persekutuan Negeri Pahang,
Tingkat 10, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang.

Telefon: 09-571 7000
Fax: 09-573 2837

Baca 204 kali Dipinda pada Selasa, 09 Julai 2019 15:06