A - Fungsi Pasukan Projek Persekutuan Negeri |
|
1- Mengurus, merancang, menyelaras dan mengawasi / menyelia, menjalankan pemeriksaan, mengawal dan memantau kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan oleh kontraktor dan semua perunding / HODT yang telah dilantik untuk kawalan kualiti produk bagi projek Konvensional Dalaman (rekabentuk oleh HODT JKR) dan Konvensional Perunding dengan memastikan kepatuhan kepada SPB JKR di dalam aktiviti:- a). Pembinaan b). Penyerahan c). Pos Penyerahan Bagi semua/ projek ……………………..di bawah Pasukan Projek Persekutuan Negeri Pahang. 2- Mengurus, memantau, menyelaras dan menyediakan pelaporan kemajuan projek berasaskan Program Kerja (CPM) (Laporan Kontrak) bagi memastikan pengemaskinian kemajuan fizikal dan kewangan mengikut Garis Panduan Penjadualan Projek JKR melibatkan aktiviti-aktiviti:- i). Penggunaan Program Kerja dalam memantau kemajuan projek & pelaporan projek. ii).Penggunaan dan pengemaskinian Sistem SKALA (penyediaan bayaran interim & catatan kontrak). 3- Mengurus pengurusan kewangan dan kawalan kos termasuk penyediaan peruntukan dan Mengurus dan menyelaras bayaran interim, penilaian semasa bagi progres pembinaan untuk pengesahan tuntutan bayaran interim. 4- Mengurus, menyelaras dan mengadakan mesyuarat tapak, mesyuarat teknikal dan mesyuarat koordinasi mengikut ketetapan dan keperluan semasa (berdasarkan isu-isu kritikal) sepertimana perancangan tahun semasa. 5- Mengurus, menyelaras, menyemak dan mengadakan sesi interaksi bersama pihak klien/ end user, HODT berkaitan bagi kelulusan bahan / material, shop drawing, method of statement, kelulusan mock-up kerja bagi kerja berkaitan mengikut displin masing-masing. 6-Mengurus, menyelaras dan menyediakan Pelan Pengurusan Risiko dan melaksanakan pemantauan berkala melalui daftar risiko bagi memastikan peningkatan kadar kejayaan dan mengurangkan kesan peristiwa risiko. 7-Mengurus dan menyediakan pelaporan berkaitan isu-isu pembinaan dan kontrak di tapak bina kepada Pengurus Besar Kanan Pembinaan mengikut keperluan semasa. 8-Memberi khidmat nasihat teknikal kepada projek-projek di bawah PPPNP setiap masa diperlukan mengikut keperluan. 9-Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa. 10-Pembangunan Modal Insan Kehadiran Latihan 7 Hari Setahun (100% hadir). 11-Mengurus, menyelaras dan mengadakan mesyuarat membaiki kecacatan mengikut ketetapan. 12-Memantau Kerja Penyenggaraan Pos Penyerahan (Semasa TTK)/ kerja-kerja membaiki kecacatan bagi projek di dalam tempoh DLP mengikut ketetapan. 13-Mengurus maklumbalas Pelanggan dan Mengurus Kajian Kepuasan pelanggan di peringkat pembinaan, penyerahan dan pos penyerahan. |
|
B - Alamat Perhubungan |
|
Pasukan Projek Persekutuan Negeri Pahang, Telefon: 09-571 7000 |