Soalan Lazim | Bantuan | Pasukan Web Pilih Tema :

Portal Rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9 - 12, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25582 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Telefon: 09-5717000 Fax: 09-5732837
Lokasi GPRS : 3°49'47.07"N,103°17'29.95"E

Font Size
   
Jumaat, 10 Oktober 2008 08:51

Piagam Pelanggan

Oleh: 

Piagam Pelanggan Jabatan Kerja Raya


  • Kami komited untuk menyedia dan menyelenggara aset kerajaan bagi memenuhi keperluan pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan professional yang berkualiti berteraskan kepada:
  1. Jangka masa yang ditetapkan
  2. Kos yang ekonomik
  3. Rekabentuk yang berkualiti dan mapan
  • Jabatan ini akan sentiasa memastikan aset kerajaan yang dipertanggungjawabkan kepada kami berfungsi seperti yang ditetapkan

1 - Pengurusan Projek


Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak bina, peruntukan yang mencukupi dan brif projek yang lengkap, tempoh pembinaan yang akan diambil adalah seperti berikut:

Kos Projek RM500 ribu ke bawah RM500ribu - RM5 juta RM5 juta ke atas
a. Pelan Piawai:
Bangunan
Pangkalan Udara
dan Maritim
15 bulan 24 bulan 36 bulan
b. Rekabentuk baru  
Jalan, Cerun,
Bangunan,
Pangkalan Udara
dan Maritim
Kami komited untuk menyiapkan projek pembangunan kerajaan
dalam tempoh dan dengan kos yang dipersetujui bersama Pelanggan

2 - Selenggara Aset


2.1 Jalan

  • Pembaikan lubang-lubang (potholes) akan dilaksanakan tidak melebihi 1 hari setelah aduan diterima.
  • Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalulintas atau keselamatan awam, seperti pokok-pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil tidak melebihi 24 jam setelah dikenalpasti atau aduan diterima.
  • Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan.

2.2 Bangunan

  • Aduan kerosakan kritikal seperti kebocoran paip air, bumbung atau sistem kumbahan akan diambil tindakan dalam masa 1 hari
  • Tindakan pembaikan biasa dalam tempoh 1 bulan

2.3 Mekanikal

Tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja mekanikal berikut adalah:

  • Tindakan aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal - 1 hari
  • Kerja pembaikan besar (major overhaul) kenderaan dan loji berat - 4 bulan
  • Kerja pembaikan kecil kenderaan dan loji berat - 1 bulan
  • Penggantian chiller - 1 tahun
  • Penggantian lif - 1 tahun
  • Menaik taraf pencegah kebakaran kepada sistem perlindungan jenis sprinkler - 10 bulan

2.4 Elektrik

Tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja elektrik berikut adalah:

  • Untuk kerosakan yang biasa 1 hari
  • Untuk kerosakan yang rumit 7 hari

3 - Khidmat Nasihat Teknikal


3.1 Kejuruteraan Cerun

Tindakan yang diambil apabila berlakunya:
a) R untuhan cerun berskala besar

  • Laporan awal disediakan dalam masa tiga (3) hari dari tarikh lawatan
  • Laporan akhir disediakan dalam masa satu (1) bulan selepas penyiasatan dan maklumat berkaitan diperolehi

b) Runtuhan cerun berskala kecil
Syor pembaikan akan disediakan dalam tempoh seperti di bawah:

  • Keadaan yang memerlukan penyiasatan tanah - 1 bulan
  • Keadaan yang tidak memerlukan penyiasatan tanah - 2 minggu

c) Ulasan teknikal ke atas Laporan Geoteknikal daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disedia kan dalam tempoh satu (1) minggu selepas lawatan dibuat

3.2 Kejuruteraan Senggara

  • Proses kelulusan pelupusan aset kerajaan tidak melebihi 14 hari dari tarikh permohonan peng esyoran lengkap diterima.
  • Ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan yang diterima dengan lengkap daripada Pihak Berkuasa Tempatan akan dikemukakan dalam tempoh tidak melebihi 2 minggu selepas menerimanya

4 - Pengurusan Aduan


4.1 Pengurusan Aduan di Bawah Tanggungjawab JKR akan dilaksanakan dalam tempoh seperti berikut:

  • Akuan penerimaan aduan - 1 hari
  • Maklumbalas terhadap aduan - 7 hari
  • Penutupan aduan - 2 bulan

4.2 Pengurusan Aduan Bukan di Bawah Tanggungjawab JKR: No Wrong Door Policy akan dilaksanakan dalam tempoh seperti di bawah:

  • Akuan penerimaan aduan - 1 hari
  • Maklumbalas terhadap aduan - 14 hari
Telah dibaca sebanyak 2651 kali Kemaskini Terakhir Isnin, 15 April 2013 16:56
Tarikh kemaskini pada: 18-November-2013

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Hakcipta © 2005 - 2013 Portal Rasmi JKR Negeri Pahang. Rekabentuk Oleh Pasukan Portal Rasmi JKR Negeri Pahang
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox versi 7.0 dan Internet Explorer 8 ke atas serta resolusi monitor 1024x768
Di selenggara oleh: Bahagian Korporat, JKR Negeri Pahang