TEL : +(609)-571 7000 / FAX : +(609)-573 2837 | EMEL: jkrpahang[at]pahang.gov.my | Ikuti Kami di   JKR FACEBOOK 

Tema : Warna Asal Warna Merah kuning
msen

PENERBITAN

Standard Specifications for Building Works 2014 adalah dokumen spesifikasi yang diterbitkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Kandungan dokumen spesifikasi ini telah ditambahbaik daripada dokumen spesifikasi terdahulu iaitu Standard Specifications for Building Works 2005 sejajar dengan perkembangan teknologi pembinaan semasa. Tambahan lagi, dokumen spesifikasi ini juga dapat digunakan sebagai panduan kepada pihak yang terlibat di dalam urusan tender dan kontrak. Selain itu juga, segala kandungan di dalam dokumen spesifikasi ini adalah HAKCIPTA JKR MALAYSIA. Dengan itu, sebarang penyuntingan semula spesifikasi ini hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari JKR. [ Muat Trun Dokument disediakan ] Sumber Dari : JKR Malaysia
2. PERANCANGAN Agensi-agensi yang ingin melaksanakan sebarang perolehan kerja, perlu terlebih dahulu mengambil kira perkara-perkara berikut :- Ringkasan Projek. Menyediakan ringkasan projek jika projek baru, dengan memberi butir-butir mengenai tujuan projek dan rekabentuk projek secara am. Pemilihan Tapak / Pengambilan Balik Tanah. Adalah tanggungjawab agensi pelaksana untuk memilih tapak dan juga mengambil tindakan-tindakan seterusnya untuk pengambilan tanah sebelum projek bermula. Peruntukan/Pembiayaan. Semua ketua agensi perlu memastikan bahawa agensinya sedia mempunyai peruntukan Belanja Mengurus atau Pembangunan yang diluluskan sebelum sebarang perolehan kerja dibuat. Perlantikan Kontraktor. Semua perolehan kerja kerajaan hendaklah dibuat dengan melantik kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor. Kontraktor…
4. HAD NILAI TENDER KERJA Agensi-agensi yang ingin melaksanakan tender-tender kejuruteraan awam / membina bangunan hendaklah membuat pelawaan kepada syarikat yang tertentu mengikut had kewangan seperti di bawah : 4.1. Tender-tender yang tidak melebihi RM10juta : - dipelawa kepada syarikat 100% milik tempatan. 4.2. Tender-tender yang bernilai antara RM10 hingga RM25juta : dipelawa kepada syarikat 100% milik tempatan atau syarikat yang disenarai di BSKL dan diperbadankan di Malaysia dengan syarat pegangan saham individu asing tidak lebih daripada 30% serta pengarah urusan dan pekerjanya adalah 100% tempatan. 4.3. Tender yang dianggarkan melebihi RM25 juta, dipelawa kepada : - syarikat-syarikat 100% milik…
5. DOKUMEN TENDER 5.1 Antara kandungan yang patut ada di dalam sesuatu dokumen tender adalah: Arahan kepada penender Spesifikasi-spesifikasi Borang-borang tender Surat Setujuterima Syarat-syarat tender Terma-terma kontrak Bills of Quantities/Ringkasan tender Jadual Kadar Harga Lukisan teknikal serta pelan Cadangan-cadangan pemindahan teknologi Prestasi/Track record Profail/Kedudukan kewangan petender Perkara-perkara lain yang berkaitan SPP Bil. 2/1995 5.2. Klausa utama yang perlu dimasukkan di dalam dokumen tender kerja 5.2.1. Agensi-agensi dimestikan untuk menggunakanborang JKR Siri 203 (Pin. 10/83) untuk tender kerja. Penggunaan borang JKR Siri 203 hanya dikecualikan bagi projek-projek yang dilaksanakan secara Turnkey, B.O.T., Cost Plus, Privatised atau projek-projek yang dibiayai oleh peruntukan…
6. PENGIKLANAN 6.1 Semua pelawaan tender hendaklah diberi publisiti dengan mengiklankan tender tersebut sekurang-kurangnya di dalam satu akhbar harian utama. Kenyataan di dalam iklan tender hendaklah jelas, kemas dan ringkas. Sesuatu iklan tender hendaklah merangkumi: Jabatan yang memanggil tender, tajuk tender, jenis tender, dan syarat-syarat kelayakan memasuki tender seperti :- a. kelas, kepala dan sub kepala di dalam pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) b. tempat, tarikh dan masa dokumen tender dijual c. harga, cara dan jawatan penerima bayaran dokumen tender d. tempat, tarikh dan waktu tender diterima dan ditutup SPP 2/1995 6.2. Iklan Tender Kerja Tempatan. Bagi tender kerja tempatan…
Halaman 1 dari 3