TEL : +(609)-571 7000 / FAX : +(609)-573 2837 | EMEL: jkrpahang[at]pahang.gov.my | Ikuti Kami di   JKR FACEBOOK 

Tema : Warna Asal Warna Merah kuning
msen

CAWANGAN & UNIT

Kenali JKR Pahang

Peta Lokasi Caw Elektrik & Mek

12 Apr

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

A.  Pengenalan

 

Dahulunya dikenali sebagai JKR Worksyop Negeri telah ditubuhkan pada tahun 1962. Pada tahun 1993 nama Jabatan ini telah ditukar kepada Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pahang.  CKMNP merupakan salah satu dari Jabatan di bawah pengurusan Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah J52 dan dibantu oleh Penolong Pengarah Kanan Mekanikal.  CKMNP mentadbir dan mengurus beberapa sub – cawangan seperti berikut :-

1.CKM Negeri Pahang di Kuantan

2.CKM Pahang Barat, Bentong

JKR Kuari Pusat Pekan Awah Temerloh & CKM Pahang Tengah, Temerloh

B. Fungsi Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

1.

Melaksanakan fungsi Pengurus Aset Mudah Alih Kerajaan

JKR Negeri Pahang merupakan Pengurus Aset kepada aset-aset milik Kerajaan Negeri Pahang dan milik Kerajaan Persekutuan yang berada di Negeri Pahang.  CKMNP telah diberikan peranan untuk menguruskan aset-aset mudah alih bagi skop kerja berikut bermula dari masa perolehan sehinggalah aset tersebut dilupuskan.

a] Pepasangan peralatan mekanikal di bangunan [peralatan sistem lif, pencegah kebakaran, hawa dingin, kebuk wasap, LPG, exhaust fan, pam, dan sebagainya. Fungsi ini dilaksanakan oleh Unit Projek

b] Pasukan Kenderaan, Jentera dan Loji.  Fungsi ini dilaksanakan oleh Unit Woksyop

2.

Pengurusan Projek Pembangunan

Memberikan khidmat nasihat teknikal [pakar] kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Pahang yang merangkumi skop kerja :-

a]   Penyelenggaraan Harta Modal Peralatan  Mekanikal, PasukanKenderaan, Mesin dan  Jentera.

b]   Pengurusan projek-projek pembangunan  melibatkan pepasangan mekanikal.

c]   Pengerusi bilik gerakan khidmat bantuan lojistik semasa berlaku bencana alam.

3.

Khidmat Nasihat dan Tenaga Pakar

Memberikan khidmat nasihat teknikal [pakar] kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Pahang yang merangkumi skop kerja :-

a] Penyelenggaraan Harta Modal Peralatan Mekanikal,Pasukan Kenderaan, Mesin dan  Jentera

b] Pengurusan projek-projek pembangunan   melibatkan pepasangan mekanikal.

c] Pengerusi bilik gerakan khidmat bantuan lojistik semasa berlaku bencana alam

4.

Operasi Kuari

Mengurus operasi kuari milik Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Pahang.

5.

Unit Sokongan JKR Pahang

CKMNP merupakan sebagai unit sokongan kepada Bahagian Jalan, Bahagian Bangunan dan Pejabat-pejabat Jurutera Daerah JKR Pahang.

C.

Alamat Perhubungan


 

JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri,

Jalan Kemunting 2,
Tanah Putih,
25100 Kuantan.

Telefon: 09-513 4040 / 5231193
Fax: 09-513 7454

 

Baca 13250 kali Dipinda pada Khamis, 14 April 2016 17:02


What do CoPs do? - Means to share  work-related knowledge freely