TEL : +(609)-571 7000 / FAX : +(609)-573 2837 | EMEL: jkrpahang[at]pahang.gov.my | Ikuti Kami di   JKR FACEBOOK 

Tema : Warna Asal Warna Merah kuning
msen

BAHAGIAN - IBU PEJABAT

Peta Lokasi JKR Bahagian dan Unit

10 Apr

Bahagian Pengurusan Korporat

A.  Pengenalan

  JKR Pahang yang berperanan sebagai agensi pelaksana dan perunding teknikal kepada kerajaan, sentiasa berhadapan dengan beban tugas yang makin mencabar. Sebagai satu langkah untuk meningkatkan prestasi jabatan, Bahagian Pengurusan Korporat telah ditubuhkan pada 16 November 2007 dan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Korporat).

Penubuhan Bahagian Pengurusan Korporat adalah wajar bagi menangani keperluan arus pembangunan terkini JKR Pahang. Ketua Penolong Pengarah Kanan (Korporat) telah dibantu oleh dua orang Penolong Pengarah Kanan (Korporat) Gred J48 yang menerajui unit yang terdiri dari Unit Aduan, Unit Komunikasi & lC]. Unit Pengurusan Kualiti, Unit Pemantauan dan Naziran, Unit Latihan dan Kompetensi.
B. Objektif Bahagian

 
  1. Membantu Pengarah JKR Pahang mencapai prestasi cemerlang melalui penglibatan Pasukan Petugas Khas bagi melaksanakan projek-projek yang ditetapkan, pencapaian sasaran (milestone) dalam SKALA, JKR Strategi c Framework 2007-2010, pemantauan dan penyediakan laporan prestasi projek, pengurusan perubahan (change management), merangka strategi untuk mengatasi masalah berhubung pelaksanaan projek dan polisi-polisi lain seperti yang diarahkan oleh KPKR.
  2. Menguruskan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti termasuk MS ISO 9001 :2008, MS ISO 14000
  3. Mengurus dan memantau pelaksanaan projek melalui sistem SKALA
  4. Merancang dan menguruskan Latihan dan Kompetensi kakitangan
  5. Merancang dan menguruskan prasarana dan penggunaan lCT
  6. Menguruskan sistem aduan pelanggan dan komunikasi
  7. Menyelaras pelaksanaan tindakan-tindakan di bawah Sistem Star Rating (MAMPU)
C. Fungsi Bahagian Pengurusan Korporat

1.

Unit Pengurusan Kualiti

A. Menguruskan pelaksanaan SPK MS ISO 90012000

  1. Audit dalaman
  2. Kajian semula pengurusan
  3. Kursus berkaitan SPK
  4. Pengurusan pengauditan SIRIM
  5. Maklumbalas pelanggan

B. Urusetia Hari Kualiti peringkat JKR Negeri Pahang

2.

Unit Pemantauan Dan Naziran

  1. Memantau dan memastikan pencapaian sasaran milestones dalam SKALA
  2. Merekod kemajuan projek-projek pada setiap minggu melalui sistem SKALA.
  3. Menyediakan laporan prestasi (Fizikal & Kewangan) pelaksanaan projek persekutuan di JKR Pahang
  4. Melaporkan prestasi projek dalam SKALA di Mesyuarat Pagi dan Mesyuarat Pengurusan JKR Pahang.
  5. Menyelaras pelaksanaan tindakan-tindakan di bawah Sistem Star Rating (MAMPU)
3.

Unit Latihan Dan Kompetensi

  1. Menguruskan pelaksanaan Analisa Keperluan Latihan (TNA) kakitangan JKR Pahang
  2. Merancang dan melaksanakan program-program latihan dalaman untuk meningkatkan kompetensi kakitangan
  3. Menyelaras program-program latihan/kursus yang dianjurkan oleh pihak luar
  4. Menguruskan peruntukan latihan
4.

Unit Aduan

  1. Menguruskan penerimaan aduan
  2. Menguruskan pengumpulan data aduan
  3. Mendapatkan maklumbalas berhubung aduan yang diterima
  4. Menguruskan analisa aduan
5.

Unit Komunikasi Dan lCT

  1. Menguruskan kerja-kerja berkaitan dengan komunikasi dan lCT JKR Pahang
  2. Menguruskan laman web JKR Pahang
  3. Menguruskan pelaksanaan rangkaian (network) baru
  4. Menyenggara rangakaian (network) sedia ada
  5. Menyenggara Sistem Perakam Waktu (E-Tass)
D.

Alamat Perhubungan


 

Bahagian Pengurusan Korporat JKR Pahang,
Tingkat 9, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Telefon: 09-571 7000
Fax: 09-573 2837

Baca 5972 kali Dipinda pada Isnin, 28 September 2015 16:27