Previous Next

Pahang Benar Semua Perniagaan Beroperasi

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

23 Jun 2020 - KUANTAN - Kerajaan Pahang membenarkan semua perniagaan di negeri ini beroperasi seperti biasa tertakluk kepada waktu operasi mulai jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah malam berkuat kuasa serta-merta semalam.

Bagaimanapun operasi pusat hiburan termasuk kelab malam, pub, pusat karaoke dan semua sektor yang masih dilarang kerajaan Persekutuan belum dibenarkan.
 
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagi sektor yang dibenarkan (perkhidmatan essential) waktu operasinya mengikut kelulusan lesen perniagaan asal termasuk stesen minyak, kilang dan pusat perubatan serta aktiviti pasar awam (bermula jam 5 pagi).

Bagaimanapun menurutnya, semua premis perniagaan terlibat wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) asas normal baharu yang ditetapkan.

"Semua premis diwajibkan melaksanakan saringan kepada pekerja dan pelanggan bagi mengesan gejala koronavirus (Covid-19) seperti demam, batuk, sakit, sakit tekak, selesema atau sesak nafas setiap hari.

"Mana-mana pekerja atau pelanggan yang bergejala atau demam dengan suhu badan melebihi 37.5 darjah celsius tidak dibenarkan memasuki premis.

"Pekerja yang bergejala hendaklah dirujuk ke pusat perubatan dengan segera," katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, majikan perlu merekodkan maklumat pekerja dan pelanggan melalui aplikasi MySejahtera atau MoveOn.my setiap kali operasi selain mengekalkan penjarakkan sosial sekurang-kurangnya satu meter di antara pelanggan dan pekerja.

"Penanda jarak di lantai, tanda notis dan papan tanda pematuhan SOP dalam premis perlu disediakan selain melaksanakan proses pembersihan dan disinfeksi di dalam premis.

"Pekerja dan pelanggan perlu memakai topeng muka sebelum masuk ke premis dan semasa berada dalam premis serta menyediakan cecair pensanitasi tangan untuk kegunaan pekerja dan pelanggan," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga bersetuju mana-mana syarat yang tidak dinyatakan secara khusus dalam SOP negeri adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi kerajaan Persekutuan yang berkaitan serta akan dikemas kini dari masa ke masa.

"Semua pihak diingatkan agar mematuhi SOP yang ditetapkan manakala pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan pihak polis serta agensi-agensi penguat kuasa yang lain," katanya.

NIK AMIRULMUMIN NIK MIN

Sumber: www.sinarharian.com.my

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 4 Disember 2020

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

Pencapaian Piagam Pelanggan

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :51
Minggu ini :Minggu ini :419
Bulan ini :Bulan ini :330
Keseluruhan :Keseluruhan :2639180
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2020 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang