Previous Next

Penjawat Awam Pahang Dapat RM750

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

18 November 2019 - KUANTAN - Kerajaan Pahang mengumumkan bantuan khas sebanyak RM750 kepada semua kakitangan awam di negeri itu tanpa pengecualian gred sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Berita gembira buat 8,000 penjawat awam di negeri ini itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di akhir ucapan Pembentangan Belanjawan 2020 sempena sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, pembayaran akan dibuat pada bulan Disember ini dengan jumlah peruntukan RM6 juta.

“Pemberian bantuan khas kewangan ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu hanya RM500.

“Insya-ALLAH pada tahun yang mendatang sekiranya prestasi kewangan negeri bertambah kukuh, tidak mustahil kita (kerajaan negeri) akan memberikan bantuan ini lebih lagi atau dalam bahasa mudahnya... bagi tetap bagi, sikit banyak je tak tahu lagi,” katanya.

Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang tidak melupakan sebaliknya sentiasa menghargai segala jasa dan pengorbanan penjawat awam selaku jentera pelaksana kepada segala dasar dan pembangunan negeri.

“Penjawat awam ibarat tulang belakang kerajaan dan pencapaian yang kita kecapi sehingga kini tidak akan diperoleh tanpa komitmen yang jitu penjawat awam dalam urus tadbir negeri,” katanya.

Sumber: www.sinarharian.com.my.

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 26 Oktober 2020

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

Pencapaian Piagam Pelanggan

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :68
Minggu ini :Minggu ini :159
Bulan ini :Bulan ini :2393
Keseluruhan :Keseluruhan :2635635
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2020 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang