Previous Next

Pahang Pertimbang Jumlah Bonus Kepada Penjawat Awam

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

23 Oktober 2019 - BENTONG - Kerajaan Pahang akan mempertimbangkan jumlah pemberian bonus terhadap 11,000 penjawat awam di negeri ini sama ada jumlahnya sama atau lebih berbanding sebelumnya.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah tersebut bagaimanapun akan diagihkan berdasarkan kemampuan dan kedudukan semasa kewangan negeri yang akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan Pahang 2020.

"Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan pemberian RM500 untuk menghadapi tahun baru.

"Jadi, kerajaan negeri sedang memikirkan sekiranya kedudukan kewangan mencukupi kita akan bagi sama ataupun lebih sedikit, namun ia bergantung kepada kewangan negeri," katanya.

Beliau berkata sedemikian dalam ucapan sempena Majlis Ramah Mesra bersama Penjawat Awam di Dewan Majlis Perbandaran Bentong di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak dan barisan Exco kerajaan negeri serta pemimpin setempat.

Dalam majlis sama, turut berlangsung pelancaran aplikasi PahangGo sebagai salah satu usaha kerajaan negeri menawarkan kemudahan terkini buat rakyat di Pahang.

Mengulas pelancaran aplikasi tersebut, Wan Rosdy berkata, ia juga memberikan pilihan kepada rakyat dalam sebarang urusan berkaitan perkhidmatan ditawarkan pihak kerajaan dan swasta.

Beliau berkata, kerajaan negeri optimis terhadap penggunaan aplikasi tersebut berdasarkan maklum balas positif dan pertanyaan daripada pelbagai pihak.

"Malah selepas beberapa minit dilancar, sudah ada 300 pengguna menggunakan aplikasi ini dan kita yakin kewujudan aplikasi ini sedikit sebanyak meningkatkan pendapatan kerajaan negeri," ujarnya.

Aplikasi dwibahasa percuma tersebut adalah mobil pertama di Malaysia yang mempunyai fungsi perkhidmatan setempat meliputi perkhidmatan kerajaan dan swasta yang dibangunkan oleh syarikat milik kerajaan negeri khusus untuk rakyat di negeri ini.

Bagi tempoh tiga bulan pertama pelancaran antara perkhidmatan yang ditawarkan 'semak dan bayar' untuk cukai taksiran, tanah dan pembayaran kompaun, pembayaran bil utiliti dan telefon, pembelian tiket bas, pembayaran yuran pengajian serta pembaharuan cukai jalan serta insurans kenderaan.

Pada fasa seterusnya, aplikasi berkenaan akan memberikan fokus untuk mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan melalui Marketplace 'PahangPride'.

Sumber: www.sinarharian.com.my.

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 26 Oktober 2020

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

- Pencapaian Piagam Pelanggan

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :65
Minggu ini :Minggu ini :156
Bulan ini :Bulan ini :2390
Keseluruhan :Keseluruhan :2635632
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2020 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang