Previous Next

Sistem Pendidikan Perlu Diubah Ikut Peredaran Masa: Permaisuri Agong

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

14 Oktober 2019 - KUANTAN - Sistem pendidikan negara perlu disesuaikan dengan perubahan dan peredaran masa kerana pembelajaran ialah kerjaya sepanjang hayat.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, dengan kepantasan teknologi yang sentiasa berubah, sistem pendidikan itu juga perlu disesuaikan mengikut arus semasa.

Menurutnya, tempoh pembelajaran formal dari berumur tujuh tahun sehingga usia 17 dan ke atas tidak lagi cukup untuk seorang individu untuk melaksanakan kerja kerana kedua-dua teknologi dan kepantasan sentiasa mengubah cara kerja.

Tunku Azizah bertitah, penyesuaian sistem pendidikan bagaimanapun tidak akan mengurangkan kepentingan sistem pendidikan formal sebaliknya ia menjadikan tahun-tahun asas proses pembelajaran itu lebih penting.

"Pelajar belajar bagaimana untuk belajar, bagaimana berfikir secara kritis, bagaimana menganalisis maklumat dan cara menerapkan keuntungan," titahnya dalam ucapan ketika merasmikan Program Pahang English Teaching Assistant 2019 Showcase di sini hari ini.

Pameran tersebut diadakan sempena pelaksanaan Fullbright English Teaching Assistanship (ETA) yang telah dilaksanakan di sembilan negeri iaitu Terengganu, Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Turut berangkat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mengulas program berkenaan, Tunku Azizah bertitah, dengan meningkatkan kebolehan Bahasa Inggeris seseorang memiliki lebih banyak peluang dalam kehidupan peribadi dan profesional serta dapat bersaing dalam ekonomi global yang berubah pesat.

Sumber: www.sinarharian.com.my

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 19 Oktober 2020

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

Pencapaian Piagam Pelanggan

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :3
Minggu ini :Minggu ini :185
Bulan ini :Bulan ini :1786
Keseluruhan :Keseluruhan :2635028
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2020 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang