Previous Next

Raja Permaisuri Agong Ketua Perlembagaan UIAM Baharu

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

17 Jun 2019 - KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima watikah pengisytiharan sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baharu di Istana Negara, hari ini.

Tunku Azizah yang juga wanita pertama dilantik bagi jawatan tersebut bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 12 April lepas, menerima watikah berkenaan daripada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada majlis terima menghadap baginda pagi tadi.

Pelantikan Tunku Azizah itu menggantikan Sultan Pahang kelima, Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat pada 22 Mei lalu.

Turut serta menghadap Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Timbalan Rektor Prof Dr Isarji Sarudin dan beberapa kepimpinan tertinggi UIAM.

Sementara itu, Dzulkifli berkata, pertemuan hari ini adalah untuk memaklumkan secara rasmi kepada Tunku Azizah sebagai ketua perlembagaan serta sempena menjunjung kasih sembah maklum dan sembah tahniah atas pelantikan baginda sebagai Ketua Perlembagaan UIAM yang baharu.

Dzulkifli berkata, jubah rasmi Tunku Azizah sebagai ketua perlembagaan akan ditempah baharu menggunakan kain Tenun Pahang Diraja bagi upacara rasmi universiti.

"Jubah canselor (ketua perlembagaan) adalah baju rasmi, tapi atas titah Tuanku, baginda ingin 'localise' baju (jubah) tersebut dengan kain Tenun Pahang Diraja.

"Kita amat terharu kerana memang kita mahukan tradisi tempatan mewarnai universiti kita. Daripada diimport, kini reka bentuknya sendiri masih sama tapi buatannya adalah buatan tempatan khususnya dari Pahang," katanya pada Bernama di sini, hari ini. - Bernama

Sumber: www.sinarharian.com.my

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 09 Ogos 2019

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :37
Minggu ini :Minggu ini :3726
Bulan ini :Bulan ini :14704
Keseluruhan :Keseluruhan :2596746
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2018 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang