Previous Next

Projek Rumah Makmur, PR1MA Pahang Bantu Penduduk Miliki Rumah

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

17 Jun 2019 - KUANTAN: Sebanyak 14 projek Rumah Makmur dan 122 projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang sudah diluluskan kerajaan negeri sejak tahun 2016 dalam usaha memudahkan penduduk tempatan memiliki kediaman sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Abdul Rahim Muda, berkata semua projek itu dilaksanakan melalui kerjasama syarikat pemaju swasta dan kerajaan negeri bagi memastikan setiap unit kediaman dibina dapat ditawarkan pada harga paling kompetitif.

“Sebagai contoh, projek Rumah Makmur ditawarkan pada harga RM80,000 dan bagi setiap unit rumah PR1MA Pahang pula, harganya ditetapkan pada RM150,000.

“Saya percaya projek Rumah Makmur adalah satu-satunya projek rumah mampu milik diperkenalkan kerajaan negeri di Malaysia dan model pembinaan rumah itu menetapkan setiap unit mempunyai tiga bilik serta dua bilik air bagi keselesaan pemilik.

“Harga projek PR1MA Pahang pula sangat berpatutan dibandingkan projek hampir sama di tempat lain... paling istimewa, setiap unit PR1MA Pahang dibina secara berkembar dan bukannya seperti rumah teres yang ditawarkan pemaju perumahan lain,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 5,680 unit Rumah Makmur sudah dan sedang dibina di seluruh Pahang dengan projek terbaru akan dilancarkan bulan depan di Tanjung Gahai, Kuala Lipis.

Katanya, bagi projek PR1MA Pahang pula, setakat ini kerajaan negeri sudah meluluskan 122 projek dengan jumlah keseluruhan 36,659 unit dan 3,352 unit sudah siap serta didiami pemiliknya.

“Bagi merancakkan lagi pembinaan rumah PR1MA Pahang, kerajaan negeri melancarkan Tabung Amanah Perumahan Rakyat dan ia pendekatan menang-menang untuk kerajaan (negeri) serta syarikat pemaju.

“Sebelum ini kita tetapkan syarat 30 peratus pembinaan rumah murah kepada semua pemaju yang ingin membina atau melaksanakan projek perumahan di Pahang, tetapi syarat itu sudah dimansuhkan dan mereka (syarikat pemaju) boleh meneruskan projek tanpa perlu membina rumah murah.

“Bagaimanapun, 30 peratus (rumah murah) yang sepatutnya dibina itu ditukarkan kepada bentuk wang tunai dan dimasukkan ke Tabung Amanah Perumahan Rakyat. Ini bagi memudahkan kerajaan negeri merancang pembinaan lebih banyak Rumah Makmur atau PR1MA Pahang melalui dana itu,” katanya.

Sementara itu, mengulas pengumuman Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, yang ingin membina sejuta unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun, Abd Rahim berkata, cadangan itu disambut baik dan berharap tidak ada lagi projek terbengkalai atau bermasalah selepas ini.

“Cadangan itu sangat bagus dan ia dilihat kaedah paling tepat untuk membantu lebih ramai rakyat di negara ini memiliki kediaman sendiri. Saya difahamkan ada beberapa projek (rumah mampu milik) turut dilaksanakan di Pahang,” katanya. 

Oleh Nik Sukry Ramli/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sumber: www.bharian.com.my

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 26 Oktober 2020

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

Pencapaian Piagam Pelanggan

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :7
Minggu ini :Minggu ini :374
Bulan ini :Bulan ini :2608
Keseluruhan :Keseluruhan :2635850
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2020 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang