Previous Next

RM200 Juta Bagi Penyelenggaraan Dan Pembaikan Jalan Persekutuan Di Seluruh Negara

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

TEMERLOH 29 Mac - Kementerian Kerja Raya menerima peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta bagi melakukan penyelenggaraan dan pembaikan Jalan Persekutuan di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir berkata, daripada jumlah yang diluluskan pada 8 Mac lalu itu, sebanyak RM150 juta digunakan bagi penyelenggaraan berkala turapan Jalan Persekutuan di seluruh negara.

“Bagi Pahang, jumlah yang diperuntukkan adalah sebanyak RM22.22 juta yang mana sebanyak RM3.73 juta bagi tujuan membaiki kerosakan Jalan Persekutuan di daerah Temerloh sahaja.

“Kementerian akan terus mempergiatkan usaha dengan memberi fokus kepada isu-isu penyelenggaraan tertunggak berdasarkan peruntukan yang disalurkan Kementerian Kewangan secara berperingkat,” katanya selepas meninjau tapak penyelengaraan jalan di Jalan Temerloh-Bera berhampiran Kampung Lebak di sini hari ini.

Yang hadir sama Setiausaha Bahagian Pengurusan Fasiliti Kementerian Kerja Raya, Norhisham Musa; Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya, Rahmat Abdul Rahman dan Jurutera daerah, Rosli Othman.

www.utusan.com.my

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 26 Oktober 2020

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

Pencapaian Piagam Pelanggan

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :7
Minggu ini :Minggu ini :374
Bulan ini :Bulan ini :2608
Keseluruhan :Keseluruhan :2635850
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2020 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang