Pentadbir

Pentadbir

Khamis, 03 November 2016 15:40

Pengarah Terdahulu.

BIL NAMA TAHUN BERKHIDMAT
1. W.J. Smith 1929 - 1930
2. E.D. Kibble 1930 - 1935
3. A.V. Gibbings 1935 - 1936
4. B. Maclachlan 1936 - 1938
5. J.O. Plunkett 1938 - 1940
6. D. Robertson 1940 - 1941
7. Kependudukan Jepun 1942 - 1945
8. J.W. Anderson 1946 - 1947
9. R.E. Pitt 1947 - 1949
10. L.A. Laffan 1949 - 1951
11. R.P. Bradley 1951 - 1953
12. C.J. Gertsen 1957 - 1959
13. R.W.E. Baker 1959 - 1961
14 G.G. Brown 1961 - 1966
15. Chin Thean Huah 1966 - 31.05.1968

16.

D. Inderjit Singh

03.06.1968 - 31.12.1969

17.

Tajul bin Haji Abu

01.01.1970 - 07.02.1972

18.

Dato' Muhd Yusuf bin Muhd Yunus

08.02.1972 - 06.11.1977

19.

Dato' Mustafa bin Ahmad

07.11.1977 - 01.11.1982

20.

Lim Meng Fatt

10.12.1982 - 16.11.1984

21.

Dato' Wan Abd. Rahman bin Yaacob

01.01.1985 - 30.10.1986

22.

Dato' Jamilus bin Hussein

01.07.1987 - 22.06.1991

23.

Haji Abdul Kadir bin Awang Hamat

01.08.1991 - 16.04.1993

24.

Dato' Dr. Ir. Wahid bin Omar

01.07.1993 - 15.03.1996

25.

Dato' Ir. Haji Kalid bin Haji Alias

01.04.1996 - 11.11.2004

26.

Dato' Ir. Rosman bin Yahya

01.02.2005 - 30.01.2014

27.

Dato' Indera Ir. Haji Abdul Jalil Bin Haji Mohamed, SIMP., DSAP., DIMP.

02.06.2014 - 09.04.2019

28.

Dato' Haji Othman Bin Nordin, DIMP.

10.04.2019 - Hingga Sekarang - 
1. Sebutharga dipelawa daripada Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan yang masih SAH, dalam Kod Bidang 221001.
2. Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada penama-penama yang bertauliah / wakil-wakil Kontraktor yang sah sahaja ( Satu wakil untuk satu syarikat sahaja ). Bagi maksud ini Kontraktor-kontraktor hendaklah membawa Perakuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Asal yang masih sah, dalam Kod Bidang 221001. Kegagalan tuan/puan mengemukakan surat tersebut boleh menyebabkan borang sebutharga tidak akan dikeluarkan.
3 Penama-penama yang ditauliahkan dalam Sijil Kementerian Kewangan sahaja DIWAJIBKAN menghadiri taklimat dan lawatan tapak. Syarikat TIDAK BOLEH mewakili orang lain selain dari penama yang dinamakan dalam sijil untuk menghadiri / lawatan tapak. Taklimat akan hanya diadakan sekali sahaja. Kontraktor dikehendaki berkumpul pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
4. Borang Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Tingkat 12, Bahagian Kontrak & Ukur Bahan, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25582 Kuantan Pahang, tidak lewat dari jam 12.00 tengahari, bertarikh 17/11/2016.
5. Maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Kontrak & Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya Pahang, Tkt.12, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25582 Kuantan, Pahang.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri JKR Pahang tahun 2018 / 1439H akan diadakan pada 29 jun 2018, Masa 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Bertempat di Dewan Bakawali (Tingkat 0), Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Semua kakitangan JKR Pahang di jemput hadir.

Rabu, 03 Februari 2016 09:40

Takwim JKR Pahang 2018

Jumaat, 20 November 2015 08:48

JKR Redah Hutan, Harung Sungai

MERSING 5 Nov. - Kebiasaannya pihak pengurusan tertinggi dalam sesebuah jabatan hanya berpeluang untuk berkumpul sesama mereka dalam mesyuarat, seminar mahupun program formal yang dihadiri pihak berkaitan.

Namun, lain pula caranya bagi Jabatan Kerja Raya (JKR) yang merupakan agensi teknikal terpenting negara untuk memantapkan pengurusan jabatan itu lebih-lebih lagi menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) tidak lama lagi.

Tiada pembentangan kertas kerja mahupun tayangan slaid atau perbincangan serius pada kali ini, sebaliknya program team building yang melibatkan penyertaaan ketua pengarah, timbalan-timbalannya, pengarah-pengarah kanan dan cawangan serta negeri diadakan baru-baru ini di Taman Negara Endau-Rompin, di sini.

Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang program yang julung-julung kali diadakan melibatkan golongan atasan berkenaan, antaranya permainan berasaskan air termasuk water confident dan tubing, merentas hutan serta memberi makan ikan yang terdapat di taman negara berkenaan.


Malah, para peserta dari seluruh negara turut berpeluang mempelajari cara-cara menyediakan perangkap haiwan yang digunakan oleh Orang Asli untuk memburu bagi mencari makanan serta menangkap binatang liar yang mengganggu tanaman.

Selain itu, mereka juga mencuba permainan menguji minda masyarakat tersebut yang dikenali sebagai ‘kerchang’ dengan tunjuk ajar daripada para penduduk Kampung Peta, di situ.

Menurut Ketua Pengarah JKR, Datuk Ir. Adanan Mohamed Hussain, program tersebut diadakan bagi meningkatkan persefahaman dan komitmen dalam kalangan pengurusan tertinggi dengan para pengarah, khususnya mendapatkan kerjasama erat lebih-lebih lagi menjelang tahun baharu 2016 yang merupakan permulaan bagi RMK-11 sebagai perancangan terakhir mencapai status negara maju.

“Objektif program team building ini antaranya, mendedahkan semangat profesionalisme dalam kerja berpasukan bagi mencapai visi, misi dan objektif jabatan serta menanam sikap kerjasama serta saling membantu dalam kalangan pegawai.

“Selain itu, kita juga mahu memberi peluang kepada mereka merehatkan minda bagi meningkatkan moral, keazaman dan momentum kerja sekembali mereka ke pejabat masing-masing,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Sepanjang program empat hari itu, para peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur jelas mempamerkan semangat tinggi dengan mengikuti setiap aktiviti yang diadakan.


Malah, secara tidak langsung membolehkan pihak pengurusan tertinggi menilai tahap kecergasan dan kecerdasan masing-masing dalam melakukan aktiviti lasak di samping menanam semangat kerjasama berkumpulan.

“Peranan sebagai ketua jabatan di pejabat masing-masing semakin hari semakin mencabar dan menguji sejauh mana kepimpinan yang ada dalam diri. Oleh itu, saya berharap mereka mampu bergerak secara progresif sekiranya semangat berpasukan ini dijadikan landasan untuk memantapkan JKR.

“Saya percaya sekiranya kita dapat mengekalkan kecergasan dan kesihatan, usaha itu dapat membantu meningkatkan kembali keazaman untuk memberikan yang terbaik kepada JKR,” katanya.

www.utusan.com.my

Jenis Jalan : Jalan Persekutuan
Section: 52.4
No. Laluan : E8
Nama Laluan : Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak
Nama Jalan : Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak
Daerah : Bentong - Pahang
Status : Dibuka kepada semua kenderaan secara berperingkat
Tarikh Kejadian : 11/11/2015    Masa : 19:00

- LOKASI KEJADIAN -

 

Pusat Pengurusan Bencana JKR Malaysia telah beroperasi 24 jam pada 11/11/2015 bagi memberi maklumat laluan alternatif akibat runtuhan di kilometer 52.4 (Lentangan ke Bukit Tinggi) Lebuhraya Kuala Lumpur Karak.

Pautan ke Laman Web Pengurusan Bencana JKR Malaysia

Jenis Jalan : Jalan Persekutuan
Section: 52.4
No. Laluan : E8
Nama Laluan : Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak
Nama Jalan : Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak
Daerah : Bentong - Pahang
Status : Jalan ditutup kepada semua kenderaan
Tarikh Kejadian : 11/11/2015    Masa : 19:00

- LOKASI KEJADIAN -

 

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 13 Disember 2019

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

Pencapaian Piagam Pelanggan

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :4
Minggu ini :Minggu ini :4
Bulan ini :Bulan ini :2384
Keseluruhan :Keseluruhan :2611279
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2018 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang