Cawangan & Unit

Cawangan & Unit (6)

Kategori Anak

Laporan Pembaikan Kenderaan JKR Pahang sehingga Jun 2019- sila download file pdf dan exell dibawah untuk maklumat terperinci.

Jumaat, 12 April 2013 10:33

Unit Fasiliti Bangunan Tentera (Elektrik)

Ditulis oleh

A. Fungsi Unit Fasiliti Bangunan Tentera (Elektrik)

  JKR Unit Fasiliti Bangunan Tentera Elektrik, Kuantan adalah unit yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan kejuruteraan seperti berikut.
  1. Merekabentuk serta menguruskan perkhidmatan kontrak pemasangan elektrik dan mekanikal untuk bangunan-bangunan dan perkhidmatan elektrik luar (external) bagi kem-kem tentera seluruh Pahang.
  2. Mengendali dan menyelenggara perkhidmatan elektrik luar (external) bagi kompleks besar tentera termasuk voltan 415V hingga 11 KV.
  3. Mengendali dan menyelenggara perkhidmatan pengagihan bekalan elektrik termasuk 43 buah pencawang elektrik di Kem Tentera Darat Malaysia (TOM), Pangkalan Udara dan Pangkalan TLDM, Kuantan.
  4. Menyelenggara pemasangan elektrik dan perkhidmatan mekanikal di bangunan-bangunan kerajaan di kem-kem tentera termasuk kawalan kekompetenan, penyelenggaraan kerosakan dan penyelenggaraan pencegahan.
  5. Memperkenalkan dan menetapkan piawaian dan tatacara elektrik dalam pemasangan elektrik dan mekanikal bagi bangunan-bangunan kerajaan di kem-kem tentera.
  6. Menjalankan penyelidikan dan pengujian bahan-bahan dan peralatan elektrik dan mekanikal yang dipasang untuk projek-projek kerajaan.
  7. Mengadakan latihan dan peningkatan kemahiran kakitangan di dalam bidang kejuruteraan elektrik dan mekanikal.
  8. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada pelanggan iaitu TOM, TUDM dan TLDM daerah Kuantan dan lain-lain kem seluruh Pahang.
  9. Memberi khidmat nasihat teknikal dan mengawal selia unit-unit JKR Tentera (Elektrik) lain di seluruh Pahang.
  10. Menyelaras dan melaksanakan koordinasi dengan Jurutera Daerah, Jurutera Tempatan dan pihak Kementerian Pertahanan mengenai masaalah dan operasi senggaraan elektrik dan mekanikal, peningkatan sistem elektrik yang lama ke baru di kem-kem dan Pangkalan Tentera.
B.

Alamat Perhubungan


 

Cawangan Kerja Tentera JKR Pahang
KM 16, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang

Telefon: 09-540 5502
Fax: 09-538 4324

Jumaat, 12 April 2013 10:00

Unit Fasiliti Bangunan Tentera (Awam)

Ditulis oleh

  A - Fungsi Unit Fasiliti Bangunan Tentera (Awam)

 
  1. Merancang dan merekabentuk projek-projek pembangunan infrastuktur Kementerian Pertahanan.
  2. Melaksanakan segala projek pembangunan infrastuktur secara ekonomik, berkesan dan cekap bagi memenuhi keperluan Kementerian Pertahanan.
  3. Menyelenggara semua aset di kem-kem /pengkalan-pengkalan angkatan tentera supaya ianya sentiasa dalamkeadaan baik.
  4. Menyiasat perkara - perkara teknikal yang berkaitan kerja - kerja tambahan atau pembaikan di semua kem-kem/ pengkalan-pengkalan tentera dan memberi cadangan penyelesaian yang berkesan.
  5. Membantu dan memberi nasihat teknikal kepada Kementerian Pertahanan yang bersangkutan dengan projek-projek pembangunan dan kerja-kerja penyelenggaraan.
 

B - Alamat Perhubungan

 

Cawangan Kerja Tentera JKR Pahang,
KM 16, Jalan Gambang,
25150 Kuantan, Pahang.

Telefon: 09-540 5502
Fax: 09-538 4324

Jumaat, 12 April 2013 09:02

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

Ditulis oleh

 

A - Pengenalan


 

Dahulunya dikenali sebagai JKR Worksyop Negeri telah ditubuhkan pada tahun 1962. Pada tahun 1993 nama Jabatan ini telah ditukar kepada Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Pahang.  CKMNP merupakan salah satu dari Jabatan di bawah pengurusan Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah J52 dan dibantu oleh Penolong Pengarah Kanan Mekanikal.  CKMNP mentadbir dan mengurus beberapa sub – cawangan seperti berikut:-

1.CKM Negeri Pahang di Kuantan.

2.CKM Pahang Barat, Bentong.

JKR Kuari Pusat Pekan Awah Temerloh & CKM Pahang Tengah, Temerloh.

 

B - Fungsi Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

 

1. Melaksanakan fungsi Pengurus Aset Mudah Alih Kerajaan

JKR Negeri Pahang merupakan Pengurus Aset kepada aset-aset milik Kerajaan Negeri Pahang dan milik Kerajaan Persekutuan yang berada di Negeri Pahang.  CKMNP telah diberikan peranan untuk menguruskan aset-aset mudah alih bagi skop kerja berikut bermula dari masa perolehan sehinggalah aset tersebut dilupuskan.

a] Pepasangan peralatan mekanikal di bangunan [peralatan sistem lif, pencegah kebakaran, hawa dingin, kebuk wasap, LPG, exhaust fan, pam, dan sebagainya. Fungsi ini dilaksanakan oleh Unit Projek.

b] Pasukan Kenderaan, Jentera dan Loji.  Fungsi ini dilaksanakan oleh Unit Workshop.

 

2. Pengurusan Projek Pembangunan

Memberikan khidmat nasihat teknikal [pakar] kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Pahang yang merangkumi skop kerja:-

a]   Penyelenggaraan Harta Modal Peralatan  Mekanikal, PasukanKenderaan, Mesin dan  Jentera.

b]   Pengurusan projek-projek pembangunan  melibatkan pepasangan mekanikal.

c]   Pengerusi bilik gerakan khidmat bantuan lojistik semasa berlaku bencana alam.

 

3. Khidmat Nasihat dan Tenaga Pakar

Memberikan khidmat nasihat teknikal [pakar] kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Pahang yang merangkumi skop kerja:-

a] Penyelenggaraan Harta Modal Peralatan Mekanikal,Pasukan Kenderaan, Mesin dan  Jentera.

b] Pengurusan projek-projek pembangunan   melibatkan pepasangan mekanikal.

c] Pengerusi bilik gerakan khidmat bantuan lojistik semasa berlaku bencana alam.

 

4. Operasi Kuari

Mengurus operasi kuari milik Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Pahang.

 

5. Unit Sokongan JKR Pahang

CKMNP merupakan sebagai unit sokongan kepada Bahagian Jalan, Bahagian Bangunan dan Pejabat-pejabat Jurutera Daerah JKR Pahang.

 

C - Alamat Perhubungan

 

JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri,
Jalan Kemunting 2,
Tanah Putih,
25100 Kuantan. Pahang.

Telefon: 09-513 4040 / 513 1193
Fax: 09-513 7454

 

Khamis, 11 April 2013 16:08

Cawangan Kejuruteraan Elektrik

Ditulis oleh

  A - Fungsi Cawangan Kejuruteraan Elektrik

 

JKR Cawangan Elektrik melaksanakan fungsi-fungsi seperti berikut termasuk melaksanakan Visi dan Misi JKR :

 

A1. Pengurusan Projek

Melaksanakan Projek pemasangan elektrik bagi agensi Kerajaan bermula dari merancang, mereka bentuk, mengurus tender/ kontrak, menyelia serta menyelaras semua projek projek pemasangan elektrik, elektronik, telekomunikasi dan perkhimatan lain.

 

A2. Pengurusan Senggaraan

1 - Senggaraan Kerosakan
Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyelenggaraan bagi pemasangan elektrik, elektronik, telekomunikasi dan perkhidmatan lain berdasarkan aduan yang diterima daripada pelanggan. 

2 - Senggaraan Pencegahan
Melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan secara berkala bagi peralatan elektrik di agensi kerajaan.

 

A3. Perkhidmatan Khidmat Nasihat

3 - Perkhidmatan Perunding Teknikal
Memberi khidmat perunding teknikal terutama berkenaan masalah teknikal yang dihadapi oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan.

4 - Khidmat Inspektorat
Memberi khidmat pemeriksaan elektrik di semua premis kerajaan dan seterusnya memberi maklum balas hasil daripada pemeriksaan tersebut untuk makluman pelanggan bagi tindakan selanjutnya.

 

A4. Perkhidmatan Pentadbiran

Melaksanakan urusan-urusan berkaitan dengan kakitangan, kewangan, dan teknologi maklumat. Aktiviti utama yang terlibat adalah mengurus pentadbiran am, kewangan, sumber manusia, dokumentasi serta pembangunan teknologi maklumat.

 

B - Alamat Perhubungan

 

Pejabat Ketua Jurutera Elektrik Negeri,
Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Pahang,
Jalan Seri Kemunting 2, Seri Kemunting,
25100 Kuantan, Pahang.

Telefon: 09-513 3533/ 513 0411
Fax: 09-514 1594

Khamis, 11 April 2013 15:30

CPAB-PMO

Ditulis oleh

 

A - Fungsi Unit Pengurusan Portfolio Negeri (UPPN)


 

UPPN ditubuhkan untuk melaksanakan Dasar Pengurusan Program dan Pengurusan Projek, melaksanakan Pengurusan Prestasi Projek serta Amalan-amalan terbaik di dalam pengurusan Projek.

 

B - Alamat Perhubungan

 

Unit CPAB-PMO JKR Pahang,
Tingkat 10, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang.

Telefon: 09-571 7000
Fax: 09-571 7099

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 09 Ogos 2019

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :37
Minggu ini :Minggu ini :3726
Bulan ini :Bulan ini :14704
Keseluruhan :Keseluruhan :2596746
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2018 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang