Previous Next

Taklimat Dan Lawatan Tapak Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya Ke Lokasi Bencana Di Negeri Pahang

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Taklimat dan lawatan tapak YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya ke lokasi bencana di Negeri Pahang oleh Pengarah JKR Negeri Pahang pada 05 Disember 2021. Turut hadir adalah Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya dan rombongan.

Setelah selesai taklimat di JKR Negeri Pahang, Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof melawat lokasi cerun runtuh di Jalan KL-Kuantan (FT002, Seksyen 320), Kuantan, Pahang, yg berlaku 3 Jan  2021 akibat hujan berterusan. JKR sudah menjalankan kerja2 pembersihan & memasang papan tanda. Laluan dibuka separuh dan kerja2 pembaikan cerun oleh CKC akan dilaksanakan.

Lawatan Seterusnya adalah lokasi pertama kejadian keruntuhan cerun (road embankment)  FT12 Lebuhraya Tun Razak, KM63 dan lokasi kedua di KM73 yang dilaporkan berlaku pada 1 Januari 2021, hari Jumaat.

Kedua-dua lokasi hakisan "road embankment" ini adalah di bawah Projek Menaiktaraf Laluan Persekutuan 12 (FR12) dari Gambang ke Segamat, Pahang. Kejadian hakisan "road embankment" di KM63 dan KM73 adalah berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak 31 Disember 2020 sehingga 1 Januari 2021 di mana di kedua-dua lokasi tersebut telah berlaku limpahan air dari pembentung ke permukaan pavement jalan. Kejadian pertama dilaporkan pada 7.45 pagi manakala yang kedua dilaporkan pada 9.20 pagi.

Pihak JKR bersama kontraktor projek (Mulia Interlink Constructions Sdn Bhd) telah menjalankan pemasangan papan tanda makluman tanah runtuh serta kerja-kerja pembersihan di tapak kejadian.

Laluan tersebut dibuka separuh untuk semua jenis kenderaan, dan kerja-kerja pembaikan kekal oleh pihak kontraktor projek telah dimulakan dan dijangka siap pada pertengahan bulan Februari 2021.

Pada sebelah petang YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof telah membuat lawatan lokasi bencana petang ini dengan meninjau jalan banjir di FT82, Jalan Pekan-Batu Balik, Pekan, Pahang.

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 26 Februari 2021

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

Pencapaian Piagam Pelanggan

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :53
Minggu ini :Minggu ini :440
Bulan ini :Bulan ini :2387
Keseluruhan :Keseluruhan :2647066
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2020 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang