Previous Next

Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Dewan Serbaguna 1 Tingkat SMA Al-Basriah Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Jerantut, 12 November 2020 – Majlis penyerahan Projek Pembinaan Dewan Serbaguna 1 Tingkat SMA Al-Basriah Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang pada 11 November 2020, bertempat di Dewan Serbaguna SMA Al-Basriah Kuala Tembeling.

Majlis ini telah dihadiri oleh Tuan Ir. Ahmad Azizi Bin Ismail, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Haji Mohammad Isa Bin Haji Hussain, Arkitek Penguasa Kanan, Suhaimi Bin Mokhtar @ Jusoh, Jurutera Awam Penguasa (Bangunan), Mohd Sably Bin Abd Latiff, Jurutera Daerah Jerantut dan wakil pelanggan YBrs. Tuan Haji Zakaria Bin Haji Mohamed, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, Haji Syarifuddin Bin Mohamad Sa’ad, Al-Fadhil Qadhi Daerah Jerantut,  Ustazah Pn. Hayati Hanim Binti Ahmad Dawa, Pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Basriah, Tuan Haji Hassan Bin Jaffar (Kontraktor Utama Syarikat Segar).

Skop projek ini melibatkan pembinaan bangunan Dewan Serbaguna 1 Tingkat, termasuk juga kerja-kerja luar seperti Penyediaan Tapak dan Kerja Tanah, Sistem Retikulasi, Sistem Pembentungan, Tangga Konkrit, Penanaman Rumput Rapat, Dataran Kejat dan Petak Letak Kereta, Rawatan Makhluk Perosak, Meroboh Gelanggang Bangunan Sediada, kerja-kerja mekanikal dan kerja-kerja elektrik.

Projek ini telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 02 Oktober 2020. Tahniah dan Syabas kepada seluruh pasukan projek dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 4 Disember 2020

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

Pencapaian Piagam Pelanggan

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :53
Minggu ini :Minggu ini :421
Bulan ini :Bulan ini :332
Keseluruhan :Keseluruhan :2639182
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2020 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang