Previous Next

Mesyuarat Penutupan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) JKR Malaysia

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) JKR Malaysia telah berlangsung selama tiga hari, iaitu pada 6 Oktober 2020 hingga 8 Oktober 2020 yang melibatkan projek yang mana kos kontrak bernilai RM 20 juta dan keatas.

Ketua Pasukan Audit ialah Ir. Ramlan Bin Hamzah daripada Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK), Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur dan dibantu oleh seramai 5 orang Juruaudit yang telah dilantik.

Pada hari pertama, 6 Oktober 2020 (Selasa),  2 Tapak Projek telah di audit iaitu Projek Pembinaan Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah, Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan, Pahang dan Projek Membina Dan Menyiapkan Baki Kerja Kompleks Mahkamah Syariah, Negeri Pahang, dan Pada hari kedua, 7 Oktober 2020 (Rabu), Audit diteruskan di dua lagi projek iaitu Projek Menaiktaraf Laluan 64 Jalan Benta-Jerantut-Maran (Fasa 1 Segmen 7) dan Klinik Kesihatan Jenis 3 Dengan Kuarters Di Bandar Raub, Pahang.

Pada hari ketiga, perbincangan Auditor dan penyediaan laporan bagi 4 (empat) projek yang telah diaudit serta sesi pembentangan penemuan audit telah diadakan, yang mana mesyuarat penutupan audit ini telah diadakan pada 8 Oktober 2020 jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Anggerik, Tingkat 13, Kompleks Tun Razak .

Berdasarkan mesyuarat tersebut, keputusan tidak rasmi bagi audit yang telah dijalankan adalah 0 OFI dan 0 NCR.

Terima Kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang audit ini berjalan.

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 26 Oktober 2020

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

Pencapaian Piagam Pelanggan

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :62
Minggu ini :Minggu ini :153
Bulan ini :Bulan ini :2387
Keseluruhan :Keseluruhan :2635629
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2020 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang