Kuantan, 03 September 2020 – Majlis penyerahan Projek Ubahsuai Naiktaraf Bangunan Sekolah Pendidikan Khas, Kuantan, Pahang bertempat di Sekolah Pendidikan khas, Kuantan, Pahang telah diadakan pada 01 September 2020.
Majlis ini telah dihadiri oleh Ir. Ismail Bin Ibrahim, Jurutera Awam Penguasa Pendidikan selaku HOPT, Ir. Azlizu Binti Baharuddin, Jurutera Daerah Kuantan sebagai S.O.dan wakil pelanggan YBrs. Dr. Hanani bt Harun Rasit, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan & Penyelidikan, Bhg. Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Skop projek ini melibatkan baikpulih bangunan Blok A, Blok B, baikpulih laluan sambungan dan kerja-kerja elektrik.
Tahniah kepada seluruh pasukan projek dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam projek ini.