17 Julai 2020 – JKR Negeri Pahang telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang bermula pada 15 hingga 17 Julai 2020 di Bilik Mesyuarat Rafflesia, Tingkat 11, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
Bengkel ini telah dihadiri oleh JKR Daerah Lipis dan JKR Daerah Temerloh manakala penceramah pula ialah Encik Muhamad Shairazi Bin Supian, Penolong Pegawai Pertanian (Peg. Inovasi RISDA).
Objektif diadakan bengkel adalah untuk memantapkan lagi dokumentasi serta menerangkan secara terperinci konsep KIK kepada peserta.
Semoga dengan adanya bengkel ini, peserta lebih fokus dan bersemangat untuk menubuhkan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) bagi menaikkan lagi nama Jabatan di masa akan datang.