Previous Next

HARI INOVASI JKR PAHANG 2019 - ‘Warga Inovatif, Organisasi Produktif’

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

20 Februari 2020 - Telah berlangsung  Hari Inovasi JKR Negeri Pahang 2019 dengan tema Warga Inovatif, Organisasi Produktif. Majlis ini merupakan program tahunan yang mana pada tahun ini JKR Daerah Pekan telah dipilih sebagai tuan rumah. YH. Dato’ Othman bin Nordin, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang telah merasmikan Hari Inovasi JKR Pahang 2019. Majlis ini telah dihadiri oleh 350 peserta yang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan JKR Negeri Pahang. Pada majlis ini juga turut diadakan Ceramah Motivasi oleh Al-Fadhil Ustaz Nurhamizi Bin Jamaluddin.

Majlis ini bertujuan memberi penghargaan kepada JKR Cawangan/Bahagian/Daerah yang telah mencapai kejayaan di pelbagai peringkat pada tahun 2019.

Antara anugerah yang diterima oleh JKR Cawangan/Bahagian/Daerah iaitu :

  1. Tempat ke-3, bagi Kategori Pengurusan JKR Daerah Terbaik sempena Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya 2019 yang telah diadakan di CREaTE, Melaka pada 31 Oktober 2019 (JKR Daerah Jerantut).
  2. Penganugerahan 5 bintang bagi kategori Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2018 (Bahagian Kewangan, JKR Pahang).
  3. Anugerah Harapan Inovasi Terbaik JKR 2019, Kumpulan Sinar dari Cawangan Kejuruteraan Elektrik dan Kumpulan Padu, dari Bahagian Pentadbiran & Kewangan.

Selain itu juga, majlis ini turut menyampaikan anugerah Pertandingan sempena Hari Inovasi JKR Pahang Tahun 2019. Sebanyak 13 kategori telah dipertandingkan pada kali ini. Keputusan bagi setiap kategori yang dipertandingkan adalah seperti yang berikut:

 

BIL KATEGORI ANUGERAH
KEPUTUSAN 
 1   PENGURUSAN KEWANGAN TERBAIK    JOHAN  JKR DAERAH LIPIS
 NAIB JOHAN  JKR DAERAH KUANTAN
 KETIGA  JKR DAERAH PEKAN
2   PENGURUSAN PENTADBIRAN & ASET ALIH TERBAIK    JOHAN  JKR DAERAH JERANTUT
 NAIB JOHAN  JKR DAERAH KUANTAN
 KETIGA  JKR DAERAH LIPIS
3   PENGURUSAN KONTRAK TERBAIK    JOHAN  JKR DAERAH CAMERON HIGHLANDS
 NAIB JOHAN  JKR DAERAH JERANTUT
 KETIGA  JKR DAERAH KUANTAN
4   PENGURUSAN PROJEK JALAN DAN INFRASTRUKTUR TERBAIK    JOHAN  JKR DAERAH MARAN
 NAIB JOHAN  JKR DAERAH BERA
 KETIGA  JKR DAERAH TEMERLOH
5   PENGURUSAN PENYELENGGARAAN JALAN DAN INFRASTRUKTUR TERBAIK    JOHAN  JKR DAERAH BENTONG
 NAIB JOHAN  JKR DAERAH BERA
 KETIGA  JKR DAERAH PEKAN
6   PENGURUSAN KENDERAAN TERBAIK    JOHAN  JKR DAERAH BERA
 NAIB JOHAN  IBU PEJABAT JKR PAHANG
 KETIGA  JKR DAERAH MARAN
7   PENGURUSAN PROJEK BANGUNAN TERBAIK    JOHAN  JKR DAERAH JERANTUT
 NAIB JOHAN  JKR DAERAH TEMERLOH
 KETIGA  JKR DAERAH PEKAN
8   PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN TERBAIK    JOHAN  JKR DAERAH JERANTUT
 NAIB JOHAN  JKR DAERAH LIPIS
 KETIGA  JKR DAERAH CAMERON HIGHLANDS
9   PENGURUSAN KAUNTER & TELEFONIS TERBAIK    JOHAN  JKR DAERAH JERANTUT
 NAIB JOHAN  JKR DAERAH BENTONG
 KETIGA  IBU PEJABAT JKR PAHANG
10   INOVASI KECEMERLANGAN TERBAIK    JOHAN  JKR DAERAH PEKAN
 NAIB JOHAN  JKR DAERAH JERANTUT
 KETIGA  JKR DAERAH MARAN
11   KEBERSIHAN & KEINDAHAN PEJABAT JKR DAERAH, UNIT & CAW. TERBAIK    JOHAN  JKR DAERAH JERANTUT
 NAIB JOHAN  JKR DAERAH MARAN
 KETIGA  JKR DAERAH BENTONG
12   BAHAGIAN KOMTUR TERBAIK    JOHAN  BAHAGIAN BANGUNAN
 NAIB JOHAN  BAHAGIAN KORPORAT
 KETIGA  BAHAGIAN ARKITEK
13   PEJABAT JKR DAERAH TERBAIK    JOHAN  JKR DAERAH JERANTUT
 NAIB JOHAN  JKR DAERAH ROMPIN
 KETIGA  JKR DAERAH MARAN


Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang. Semoga dengan kejayaan ini memangkin semangat yang lebih tinggi untuk cemerlang di masa akan datang.

Sekalung penghargaan kepada urusetia, ahli jawatankuasa , dan tuan rumah yang berusaha untuk memastikan program ini berjalan dengan sempurna dan jayanya.

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 19 Oktober 2020

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

Pencapaian Piagam Pelanggan

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :5
Minggu ini :Minggu ini :187
Bulan ini :Bulan ini :1788
Keseluruhan :Keseluruhan :2635030
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2020 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang