Previous Next

SALAM PERSARAAN YH. DATO’ HAJI OTHMAN BIN NORDIN, PENGARAH JKR NEGERI PAHANG

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah JKR Negeri Pahang, YH. Dato’ Haji Othman Bin Nordin, DIMP. atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh beliau di JKR Pahang.

YH. Dato’ Haji Othman Bin Nordin akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 23 Februari 2020. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam pada 15 Oktober 1983 di Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti yang berikut :

  1. Tahun 1983 - 1985 : Jurutera Awam, Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur
  2. Tahun 1985 - 1988 : Jurutera Awam, JKR Jalan Raya Timur Barat, Gerik
  3. Tahun 1988 - 1999 : Jurutera Awam (Jalan & Projek), JKR Daerah Batu Pahat, Johor
  4. Tahun 1999 - 2001 : Jurutera Awam (Bangunan), JKR Daerah Batu Pahat, Johor
  5. Tahun 2001 - 2004 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Kerja Keselamatan (Projek Pembinaan Kem Gerup Gerak Khas, Mersing, Johor
  6. Tahun 2004 - 2006 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Kerja Keselamatan (Projek Pembinaan Rumah Keluarga Di Kem Mahkota, Kluang Johor
  7. Tahun 2006 - 2007 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Kerja Keselamatan (Projek Pembinaan Penjara Sungai Udang, Melaka)
  8. Tahun 2007 - 2009 : Jurutera Awam Penguasa (JD Muar), JKR Daerah Muar, Johor
  9. Tahun 2009 - 2014 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan
  10. Tahun 2014 - 2019 : Timbalan Pengarah, JKR Negeri Pahang
  11. Tahun 2019 - 2020 : Pengarah JKR Negeri Pahang.

 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah, antaranya :

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 1996
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2012
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2017
  4. Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Dato’.

 

Beliau juga telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Antara sumbangannya adalah :

  1. Yang DiPertua, Majlis Sukan JKR Pahang
  2. Penasihat Kelab Sukan Ibu Pejabat JKR Pahang
  3. Pengerusi Ahli Lembaga Protem Koperasi JKR Pahang Berhad
  4. Ketua Program Penyelidikan Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan (2009-2011)
  5. Ahli Jawatankuasa Kerja Persidangan NAFAM 2006
  6. Ahli Majlis Perbadanan Stadium Nasional 2012-2014.

 

Diharapkan YH. Dato’ Haji Othman Bin Nordin dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan yang baik serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya YH. Dato’ dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 19 Oktober 2020

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

Pencapaian Piagam Pelanggan

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :3
Minggu ini :Minggu ini :185
Bulan ini :Bulan ini :1786
Keseluruhan :Keseluruhan :2635028
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2020 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang