Previous Next

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang tahun 1441H/2019

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

KUANTAN. 9 November 2019 Bersamaan 12 Rabiulawal 1441 Hijrah – Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang 2019 di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Bandar Indera Mahkota dihadiri wakil rasmi Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Mejar Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta isteri, Yang Hormat Mulia Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohamad Moiz.

Sambutan yang bertemakan ‘Negara Rahmah, Ummah Sejahtera’ dimulai dengan selawat dan hadirin juga bersama-sama menunaikan solat maghrib serta isyak berjemaah.

“Kejayaan perhimpunan pada malam ini membawa maksud penyatuan sesama insan dan mukmin khasnya. Hakikat manusia itu ialah fikir, rasa dan buat. Apa yang manusia pilih untuk fikir, rasa dan buat itulah yang mencorak hala tuju seseorang.

“Iktibar dalam menghayati Maulidur Rasul ini dengan segala peristiwa yang dilalui Rasulullah SAW membawa kita bersedia mendepani cabaran di masa depan,” ucapan oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja.

Tiga individu dipilih menerima anugerah iaitu Anugerah Pendidikan oleh Yang Hormat Dato’ Yahya Zainal Abidin, Bekas Rektor KUIPSAS, Anugerah Daie kepada Yang Hormat Dato’ Mohd Ghazali Abdul Aziz dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semantan, Tuan Haji Idris bin Omar menerima Anugerah Ummah. Masing-masing menerima wang tunai RM5,000, trofi dan sijil.

Manakala dalam pertandingan perarakan sepanduk bagi Kategori Jabatan Kerajaan dimenangi Jabatan Kerja Raya. Kategori Swasta, Badan Berkanun dan NGO johan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang, kedua Tenaga Nasional Berhad dan tempat ketiga Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Bagi Kategori IPTA, IPTS dan Sekolah johannya adalah UNITEN.

Majlis turut dihadiri EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Pahang, Yang Berhormat Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang, Yang DiHormat Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, Sahibus Samahah Mufti Pahang, Yang Hormat Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman dan kerabat-kerabat bergelar.

Sumber dari: Portal Diraja Pahang. Pejabat KDYTM Tengku Mahkota Pahang.

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 26 Oktober 2020

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

Pencapaian Piagam Pelanggan

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :66
Minggu ini :Minggu ini :157
Bulan ini :Bulan ini :2391
Keseluruhan :Keseluruhan :2635633
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2020 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang