Previous Next

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kerja Raya Ke JKR Negeri Pahang

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Kuantan, 27 Jun 2019 – Timbalan Menteri Kerja Raya , Yang Berhormat. Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir telah mengadakan satu lawatan kerja ke JKR Negeri Pahang pada hari ini. Lawatan ini juga telah dihadiri oleh rombongan dari Kementerian Kerja Raya (KKR) yang terdiri daripada Pegawai Tugas Tugas Khas, Pejabat Timbalan Menteri Kerja Raya, Yang Berusaha  En. Hussin Bin Mohd Ali dan Pegawai Media Sosial, Unit Komunikasi Korporat, En. Mohd Zahidi Bin Razak.

Dato' Haji Othman Bin Nordin, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat. Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir dan rombongan dari KKR serta memberi taklimat mengenai JKR Pahang. Pada program ini juga, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya turut menyampaikan ucapan dan amanat kepada pegawai dan kakitangan JKR Pahang.

Antara intipati ucapan beliau ialah mengenai rasa kagum beliau dengan komitmen kakitangan JKR Negeri Pahang dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat semenjak dahulu hinggga sekarang sebagai ‘ Wira tidak didendang’.

Pada sesi perjumpaan dengan kakitangan JKR Negeri Pahang bertempat di Dewan Bakawali, tingkat 0, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya telah mengadakan pertemuan dengan wakil warga JKR seluruh Negeri Pahang dan sesi soal jawab bersama beliau.

Selesai acara di Ibu Pejabat JKR Negeri Pahang Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya serta rombongan telah membuat lawatan kerja ke tapak projek Pembinaan Sabuah Jambatan Baru Merentasi Sungai Kuantan Bagi Menghubungkan Bandar Kuantan ke Bandar Putra, Tanjung Lumpur, Kuantan melibatkan pembinaan sepanjang 2.5km yang sedang dalam pembinaan.

Pada sebelah petang Yang Berhormat. Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir dan rombongan serta YH. Dato' Haji Othman Bin Nordin, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang telah sudi mengunjungi rumah keluarga allahyarham Khairul Anuar Bin Ariffin Penolong Jurutera Elektrik bertugas di JKR Elektrik Negeri Johor di Felda Bukit Goh, Kuantan, Pahang yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya semasa menjalankan tugas,. Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham.

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 09 Ogos 2019

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :37
Minggu ini :Minggu ini :3726
Bulan ini :Bulan ini :14704
Keseluruhan :Keseluruhan :2596746
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2018 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang