Previous Next

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Ke JKR Negeri Pahang

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Kuantan, 02 Mei 2019 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato‘ Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan telah mengadakan satu lawatan kerja ke JKR Negeri Pahang pada hari ini.

Lawatan ini juga telah dihadiri oleh rombongan dari Kementerian Kerja Raya (KKR) yang terdiri daripada Setiausaha Bahagian Dasar Antarabangsa, En.Azman Bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Bahagian Perancang Jalan (KKR), Ir.Mohd Shahrom Bin Ahmad, Pegawai Khas KSU, En.Zakinan Nawaz Bin S.H.Sahul Hamid dan pegawai-pegawai dari Bahagian Dasar Antarabangsa.

Dato' Haji Othman Bin Nordin, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang mengalu-alukan kedatangan YBhg. Dato' Dr. KSU dan rombongan dari KKR serta memberi taklimat mengenai JKR Pahang. Pada program ini juga, YBhg. Dato' Dr. KSU turut menyampaikan ucapan dan amanat kepada pegawai dan kakitangan JKR Pahang.

Antara intipati ucapan beliau ialah mengenai cabaran dan persediaan JKR dalam pelaksanaan AP 182, Integriti serta penekanan terhadap kerjasama dalam tugasan harian.

Pada sebelah petang Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan dan rombongan telah mengadakan satu lawatan ke tapak projek jambatan baru menghubungkan Bandar Kuantan ke Bandar Putra melibatkan pembinaan sepanjang 2.5km.

YBhg. Dato' turut menyaksikan demonstrasi dron daripada syarikat Meraque Services Sdn. Bhd. serta meninjau kemajuan pembinaan jambatan yang dijangka siap Ogos 2019 nanti.

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 26 Oktober 2020

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

Pencapaian Piagam Pelanggan

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :5
Minggu ini :Minggu ini :372
Bulan ini :Bulan ini :2606
Keseluruhan :Keseluruhan :2635848
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2020 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang