Previous Next

Perjumpaan Bersama Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

26 APRIL 2019, Kuantan : Satu majlis Perjumpaan Bersama Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang dengan Warga JKR Pahang telah diadakan pada 25 April 2019 bertempat di Dewan Bakawali, Tingkat 0, Kompleks Tun Razak, Kuantan.

Majlis ini merupakan perjumpaan yang julung kali diadakan di antara Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang yang baharu bersama ketua-ketua Bahagian,Cawangan dan Unit, Jurutera-Jurutera Daerah dan Warga Kerja JKR Pahang. YH. Dato’ Pengarah telah menyampaikan ucapan dan amanat semasa majlis tersebut. 

Antara intipati ucapan YH. Dato’ Pengarah adalah: 

1 – Ucapan terima kasih

i). Kerajaan Negeri Pahang, JKR Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam diatas perlantikan beliau menerajui JKR Pahang.

ii). Mantan Pengarah Kerja Raya Pahang, YH. Dato’ Indera Ir. Haji Abdul Jalil Bin Haji Mohamed atas sumbangan dan peranannya dalam memperkasa jabatan ini selama 4  tahun 10 bulan. 

2 - Tadbir Urus dan Pengurusan

JKR Pahang telah memainkan peranan yang amat signifikan sebagai jentera utama kerajaan dalam melaksanakan agenda pembangunan negeri. 

3 - Kejayaan Semasa

JKR Pahang selama ini telah berjaya menerima pengiktirafan daripada pelbagai pihak;

i.) -  Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia (SOC) Tahun 2019 telah diadakan pada 09 hingga 11 Mac 2019 di Pulau Pinang, tempat pertama bagi Anugerah Kontraktor Cemerlang bagi kategori Infrastruktur  Projek Kecil, Kos Kontrak RM500 ribu hingga RM20 juta menerusi projek Naiktaraf Dan Baikpulih Jeti Pusat Taman Laut, Pulau Tioman, Pahang, kontraktor JA Inokrat Sdn. Bhd.

ii.) - JKR Pahang juga telah berjaya menggondol pingat Emas dan Perak dalam National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2019 yang diadakan di Kedah melalui Kumpulan PADU daripada Ibu Pejabat JKR Pahang dan SINAR daripada Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pahang.

iii.) - Jabatan ini juga berjaya menerima Pensijilan Semula bagi  Sistem Pengurusan Kualiti, ISO 9001:2015. 

4 – Sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2019

Bagi tahun 2019, dua belas (12) KPI utama perlu dicapai oleh JKR Pahang:

  1. Mencapai prestasi perbelanjaan mengurus sekurang-kurangnya 98%;
  2. Mencapai prestasi perbelanjaan pembangunan sekurang-kurangnya 95%;
  3. 70% pengeluaran Sijil Siap Kerja (CPC) projek sebagaimana yang dijadualkan dalam C-Plan yang dipinda
  4. 95% daripada jumlah keseluruhan projek hendaklah diserahkan pada tarikh sepertimana yang ditetapkan di dalam Q-Plan yang dipinda;
  5. Bilangan projek yang mempunyai Lanjutan Masa (EOT) perlulah tidak melebihi 25%;
  6. 20% daripada jumlah projek hendaklah menyediakan SST bersekali dengan dokumen kontrak iaitu dengan kaedah 2 dalam 1;
  7. Sekurang-kurangnya 65% daripada jumlah projek siap mestilah disiapkan secara 3 dalam 1 (CPC, As-Built Drawing, Statement of Final Account);
  8. 70% daripada projek bernilai lebih RM500 ribu perlu melaksanakan Amalan Terbaik (Pengurusan Risiko, Gerbang Nilai, Jadual Program Kerja);
  9. 45% daripada projek IBS hendaklah menggunakan komponen buatan kilang;
  10. 94% indeks kepuasan pelanggan bagi projek;
  11. 95% kehadiran berkursus selama lima (5) hari untuk kakitangan yang tahap kompetensinya adalah 3 dan ke bawah; dan
  12. Mencapai 85% bagi Indeks Kepuasan Pekerja (ESI)

5 - Pembasmian Imej Negatif

Apabila sesuatu kejayaan itu dilihat sebagai kejayaan bersama, maka kita juga tidak dapat lari daripada menerima kesan yang sama bila berlakunya sesuatu perbuatan negatif oleh segelintir penjawat awam. 

Ini bermakna dalam melaksanakan tanggungjawab dan kuasa yang diberi, kita hendaklah meletakkan kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi. Sebarang tindakan berbentuk negatif, akan menyebabkan imej negatifnya turut dirasai oleh kita semua dalam agensi ini. Jika ini berlaku, nama Jabatan akan turut terpalit dengan persepsi negatif. Untuk makluman semua, imej dan anggapan persepsi memerlukan masa yang panjang untuk dipulihkan. Dalam keadaan seumpama ini, apa juga pencapaian cemerlang ada kalanya tidak lagi dihargai oleh masyarakat.

6 - Integriti

Integriti merupakan satu konsep yang luas dalam perkhidmatan awam. Daripada rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan sehinggalah kepada isu-isu berkaitan disiplin seperti masalah kehadiran, tidak mesra pelanggan, membuang masa dan menangguh kerja, kebocoran maklumat, prestasi kerja tidak memberansangkan dan amalan-amalan lain yang berbentuk negatif. 

Isu-isu berkaitan disiplin penjawat awam:

Sebagai contoh, pematuhan terhadap waktu makan dan minum semasa waktu pejabat sebagaimana Surat Peringatan KPKR yang juga berkait rapat dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010. 

7 - VISI MASA DEPAN

Perlu meneruskan momentum kecemerlangan, malah melaksanakan perubahan secara menyeluruh dan berterusan.

- kepentingan konsep Fast Forward iaitu  Pantas Ke Hadapan.

- Kepantasan perkhidmatan secara online turut mempengaruhi penyampaian perkhidmatan yang berprestasi tinggi.

- Pengurusan Data Raya (Big Data Management), Mobile Computing dan juga Internet of Things agar sebarang perancangan, keputusan dan tindakan dapat dibuat dengan lebih cekap, cepat dan tepat. 

8 - MENANGANI CABARAN

Pemerkasaan AP 182, yang mana JKR diberi mandat dan tanggungjawab yang lebih besar dalam melaksanakan semua projek kerja kerajaan. 

9 - HARAPAN

I.R. 4.0 juga dijangka dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan yang akan mengubah masa depan dunia pekerjaan. 

Seluruh warga kerja Jabatan terus bergerak pantas ke hadapan terutamanya dalam bidang core business selaras dengan matlamat penubuhan agensi ini untuk bersama-sama membawa nama JKR Pahang ke persada yang lebih tinggi dalam perkhidmatan awam. 

Di akhir amanat YH. Dato’ Pengarah, beliau menyeru agar semua Warga JKR Pahang dapat menyambut cabaran iaitu dengan memastikan segala urusan pentadbiran, pengurusan kewangan dan pelaksanaan pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik serta teratur seperti yang di rancang. Kerjasama dan komitmen daripada semua Warga JKR Pahang amatlah diharapkan agar organisasi ini lebih cemerlang.

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 11 November 2019

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :36
Minggu ini :Minggu ini :202
Bulan ini :Bulan ini :1064
Keseluruhan :Keseluruhan :2604371
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2018 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang