Previous Next

Kursus Perancangan Dan Penjadualan Projek (CPM) Bil.1/2019

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

18 April 2019 - Kuantan: Sukacita dimaklumkan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu JKR Pahang telah mengadakan satu Kursus Perancangan dan Penjadualan Projek (CPM) Bil.1/2019 pada 16 dan 17 April 2019 bertempat di Makmal ICT 5&6, Pahang Skills Development Centre (PSDC), Semambu, Kuantan.

Objektif bagi kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan merancang dan membuat penjadualan projek untuk membantu dalam memantau dan merealisasikan sesuatu projek. Kursus yang akan berlangsung selama dua hari ini telah disertai oleh seramai 35 orang peserta dari Ibu Pejabat JKR Pahang, Pasukan Projek dan Daerah.

Penceramah bagi kursus ini ialah Ir. Mohd Mukhlis Jaya bin Abdullah, Jurutera Awam Penguasa dan dibantu oleh fasilitator, Pn Zaihartini binti Zahari, dari Unit Amalan Terbaik, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Diharapkan para peserta yang hadir dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh daripada kursus ini.

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 17 Sept 2020

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

Pencapaian Piagam Pelanggan

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :72
Minggu ini :Minggu ini :432
Bulan ini :Bulan ini :1581
Keseluruhan :Keseluruhan :2632163
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2020 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang