Previous Next

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 dan Penghargaan 35 Tahun Perkhidmatan Jabatan Kerja Raya Pahang

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

KUANTAN: Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 dan Penghargaan 35 Tahun Perkhidmatan Jabatan Kerja Raya Pahang  sempena menghargai dan mengiktiraf sumbangan pegawai dan kakitangan khususnya warga JKR Pahang dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang sepanjang tahun 2018.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2018 dan Penghargaan 35 Tahun Perkhidmatan Jabatan Kerja Raya Pahang yang telah berlangsung di Dewan Astana, Tingkat 5, Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan pada 9 April 2019 disempurnakan oleh YH. Dato’ Indera Pengarah Kerja Raya Pahang.

Seramai 94 orang pegawai dan kakitangan perjawatan negeri dan 32 orang pegawai dan kakitangan perjawatan persekutuan JKR Negeri Pahang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018. Sementara itu seramai 94 orang pegawai telah menerima penghargaan 35 tahun perkhidmatan Jabatan Kerja Raya Pahang.

Mendahului senarai penerima anugerah perkhidmatan cemerlang ialah Anesh A/L Ganason  yang bertugas sebagai Pegawai Tadbir & Diplomatik (M52) telah menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang 2018 yang telah disampaikan oleh YH. Dato’ Indera Pengarah Kerja Raya Pahang.

JKR Negeri Pahang mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga pencapaian dan sumbangan tersebut akan menjadi pembakar semangat kepada kakitangan yang lain untuk memberikan khidmat yang cemerlang.

HUBUNGI KAMI

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837
Emel : pahang [at] jkr.gov.my

Kemaskini terakhir: 11 November 2019

SALURAN ADUAN

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

'Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan'

- Statistik Transaksi Perkhidmatan Atas Talian

STATISTIK

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :35
Minggu ini :Minggu ini :201
Bulan ini :Bulan ini :1063
Keseluruhan :Keseluruhan :2604370
Tertinggi : 03-05-2019 : 3155

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768
HAKCIPTA © 2005 - 2018 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Carian

Pilihan Tema

Pilihan Warna

Imej Latarbelakang