Soalan Lazim

Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

1. Apakah yang dimaksudkan dengan JKR?
JKR ialah singkatan daripada Jabatan Kerja Raya . JKR berfungsi sebagai penasihat teknikal kepada kerajaan yang mana menyokong segala sektor pembinaan di negara kita. JKR merupakan jabatan yang besar dengan kakitangan yang terdiri dari pelbagai disiplin - kejuruteraan awam, seni bina, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, dan juruukur bahan.

2. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKR?
JKR bertanggungjawab merancang, merakabentuk, dan membina projek infrastruktur di negara kita. Kami berperanan sebagai agensi pelaksana dan perunding teknikal kepada kerajaan. Perkhidmatan utama yang disediakan oleh kami ialah perundingan teknikal, perkhidmatan pengurusan projek dan perkhidmatan pengurusan penyenggaraan yang mana menyokong sektor pembinaan negara khususnya kerja-kerja infrastruktur.

3. Bagaimana untuk menghubungi JKR Pahang?

Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang,
Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang.

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837

Gunakan cari - telefon direktori untuk semua kakitangan di Portal Rasmi JKR Malaysia.

4. Siapakah yang menerajui JKR Pahang?

JKR Pahang diketuai oleh DATO' Ir. HAJI ABDUL JALIL BIN HAJI MOHAMED, DSAP., DIMP. dan disokong oleh kakitangan dari pelbagai disiplin - kejuruteraan awam, senibina, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, dan juruukur bahan.

5. Bagaimana jika saya ingin menghubungi kakitangan JKR Pahang?

Jika anda ingin menghubungi Ibu Pejabat JKR Pahang & Jurutera Daerah gunakan pautan pada menu di direktori pegawai dalam Portal Rasmi JKR Pahang.

6. Apakah itu Laman Web Rasmi JKR Negeri Pahang?

Laman Web Rasmi JKR Negeri Pahang merupakan gerbang informasi dan perkhidmatan JKR Negeri Pahang kepada rakyat.

7. Mengapa Laman Web Rasmi JKR Negeri Pahang diwujudkan?

Maklumat dan perkhidmatan Laman Web Rasmi JKR Negeri Pahang diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.

8. Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Laman Web Rasmi JKR Negeri Pahang?

Seluruh dunia boleh melayari dan menggunakan maklumat tersebut.

9. Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?

Segala akses dan penggunaan anda ke atas Laman Web Rasmi JKR Negeri Pahang tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan' di bahagian bawah setiap halaman.

Hubungi Kami

Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang

Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25582 Kuantan, Pahang

Tel : +(609)-571 7000,
Fax : +(609)-573 2837

Share Location JKR Pahang

Kemaskini terakhir: 24 Sept 2018

Saluran Aduan

SMS : JKR 'aduan anda' ke 32728
Emel : aduan.jkr [at] 1govuc.gov.my
Laman Web : PORTAL ADUAN

Statistik

Pelawat Hari Ini :Pelawat Hari Ini :13
Bulan ini :Bulan ini :6971
KeseluruhanKeseluruhan2342299
HAKCIPTA © 2005 - 2018 PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG. REKABENTUK OLEH PASUKAN PORTAL RASMI JKR NEGERI PAHANG.

Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768

Carian