TEL : +(609)-571 7000 / FAX : +(609)-573 2837 | EMEL: jkrpahang[at]pahang.gov.my | Ikuti Kami di   JKR FACEBOOK 

Tema : Warna Asal Warna Merah kuning
msen
Khamis, 21 Januari 2016 12:52

Lima Agensi Bersih Sisa Bauksit

Kuantan: Sebanyak lima agensi termasuk Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang melakukan kerja pembersihan sisa serta debu bauksit di Jalan Pintasan-Pelabuhan Kuantan, bermula dari Damansara hingga jejambat Gebeng, di sini, semalam.

Diterbitkan dalam Arkib Kenyataan Akhbar

BENTONG 12 Nov. - Memandu laju kekal menjadi faktor utama kemalangan jalan raya terma­suk di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya turut melihat kepada faktor teknikal termasuk mendapan dalam usaha mencari kaedah mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini.

“Laporan Jabatan Keselamatan Jalan Raya mengatakan kelajuan sebenarnya menjadi punca kemalangan walaupun ada mendapan. Tetapi bukan mendapan itu menjadi faktor utama,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau kawasan banjir lumpur di Kilome­ter 52.5 Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini me­laporkan, lebih separuh daripada LPT2 dibina di atas tanah lembut menyebabkan permukaan lebuh raya sepanjang 184 kilometer itu sentiasa beralun sekali gus menjadi antara punca utama kemala­ngan kerap berlaku.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh dilaporkan berkata, faktor tersebut menyebabkan berlakunya mendapan kepada struktur lebuh raya tersebut terutama di bahagian jambatan justeru memerlukan pembaikan yang kerap.

Namun katanya, keadaan itu telah lama dikesan dan tindakan segera dengan menurap di kawasan terlibat supaya kembali rata sentiasa dilakukan.

Sementara itu, Fadillah berkata, pihaknya masih menunggu laporan daripada juruaudit bebas sebelum membuat sebarang keputusan dalam isu teknikal itu.

“Kami menjangkakan laporan berkenaan akan siap dan dihantar kepada kementerian dalam tempoh se­minggu lagi,” katanya.

www.utusan.com.my

Diterbitkan dalam Arkib Kenyataan Akhbar
Jumaat, 20 November 2015 08:48

JKR Redah Hutan, Harung Sungai

MERSING 5 Nov. - Kebiasaannya pihak pengurusan tertinggi dalam sesebuah jabatan hanya berpeluang untuk berkumpul sesama mereka dalam mesyuarat, seminar mahupun program formal yang dihadiri pihak berkaitan.

Namun, lain pula caranya bagi Jabatan Kerja Raya (JKR) yang merupakan agensi teknikal terpenting negara untuk memantapkan pengurusan jabatan itu lebih-lebih lagi menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) tidak lama lagi.

Tiada pembentangan kertas kerja mahupun tayangan slaid atau perbincangan serius pada kali ini, sebaliknya program team building yang melibatkan penyertaaan ketua pengarah, timbalan-timbalannya, pengarah-pengarah kanan dan cawangan serta negeri diadakan baru-baru ini di Taman Negara Endau-Rompin, di sini.

Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang program yang julung-julung kali diadakan melibatkan golongan atasan berkenaan, antaranya permainan berasaskan air termasuk water confident dan tubing, merentas hutan serta memberi makan ikan yang terdapat di taman negara berkenaan.


Malah, para peserta dari seluruh negara turut berpeluang mempelajari cara-cara menyediakan perangkap haiwan yang digunakan oleh Orang Asli untuk memburu bagi mencari makanan serta menangkap binatang liar yang mengganggu tanaman.

Selain itu, mereka juga mencuba permainan menguji minda masyarakat tersebut yang dikenali sebagai ‘kerchang’ dengan tunjuk ajar daripada para penduduk Kampung Peta, di situ.

Menurut Ketua Pengarah JKR, Datuk Ir. Adanan Mohamed Hussain, program tersebut diadakan bagi meningkatkan persefahaman dan komitmen dalam kalangan pengurusan tertinggi dengan para pengarah, khususnya mendapatkan kerjasama erat lebih-lebih lagi menjelang tahun baharu 2016 yang merupakan permulaan bagi RMK-11 sebagai perancangan terakhir mencapai status negara maju.

“Objektif program team building ini antaranya, mendedahkan semangat profesionalisme dalam kerja berpasukan bagi mencapai visi, misi dan objektif jabatan serta menanam sikap kerjasama serta saling membantu dalam kalangan pegawai.

“Selain itu, kita juga mahu memberi peluang kepada mereka merehatkan minda bagi meningkatkan moral, keazaman dan momentum kerja sekembali mereka ke pejabat masing-masing,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Sepanjang program empat hari itu, para peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur jelas mempamerkan semangat tinggi dengan mengikuti setiap aktiviti yang diadakan.


Malah, secara tidak langsung membolehkan pihak pengurusan tertinggi menilai tahap kecergasan dan kecerdasan masing-masing dalam melakukan aktiviti lasak di samping menanam semangat kerjasama berkumpulan.

“Peranan sebagai ketua jabatan di pejabat masing-masing semakin hari semakin mencabar dan menguji sejauh mana kepimpinan yang ada dalam diri. Oleh itu, saya berharap mereka mampu bergerak secara progresif sekiranya semangat berpasukan ini dijadikan landasan untuk memantapkan JKR.

“Saya percaya sekiranya kita dapat mengekalkan kecergasan dan kesihatan, usaha itu dapat membantu meningkatkan kembali keazaman untuk memberikan yang terbaik kepada JKR,” katanya.

www.utusan.com.my

Diterbitkan dalam Arkib Kenyataan Akhbar
Rabu, 28 Oktober 2015 00:00

Manfaat Selepas Bajet 2016

Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai antara segmen yang tidak dilupakan meskipun sedikit tumpuannya.

Seperti biasa, segmen ICT menerima sejumlah peruntukan meliputi pelbagai aspek daripada nilai keseluruhan Bajet 2016 sebanyak RM267.2 bilion, pengurangan RM6.7 bilion berbanding RM273.9 bilion pada pembentangan Bajet 2015.

Sebanyak RM251.2 bilion disediakan bagi perbelanjaan mengurus dan RM52 bilion lagi sebagai perbelanjaan pembangunan.

Peratusan terbabit hampir sama pada tahun lalu apabila RM223.4 bilion disediakan bagi perbelanjaan mengurus dan RM50.5 bilion lagi sebagai perbelanjaan pembangunan.

Antara peruntukan berkaitan teknologi yang disebut Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2016, baru-baru ini termasuk:

- Pengguna prabayar akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan jumlah GST dibayar yang akan dikreditkan terus ke akaun perkhidmatan prabayar mereka bermula 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.

- Melaksanakan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan hampir RM11 bilion dalam tempoh lima tahun.

- Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional Berhad dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi termasuk prasarana komunikasi;

- Tumpuan turut diberi kepada pembangunan industri kimia, elektronik dan elektrikal, mesin dan peralatan, aeroangkasa, peranti perubatan dan perkhidmatan dengan RM730 juta disediakan kepada dana di bawah MIDA.

- Menubuhkan dana pinjaman mudah SME Technology Transformation Fund sejumlah RM200 juta di bawah SME Bank pada kadar faedah empat peratus.

- Untuk menambah baik prasarana telekomunikasi pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyediakan RM1.2 bilion untuk meningkatkan kelajuan Internet luar bandar sebanyak empat kali ganda dari sehingga 5Mbps kepada 20Mbps.

- Selain itu, RM250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi mening­katkan kualiti audio visual dan memberi nilai tambah kepada kandungan TV serta transaksi data interaktif.

- Bagi menjadikan negara sebagai hab teknologi yang kompetitif di rantau ini, sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

- RM100 juta kepada Agensi Inovasi Malaysia;

- RM200 juta di bawah Skim Dana Lonjakan Teknologi dan Inovasi oleh Malaysia Debt Ventures Bhd

- RM35 juta kepada MaGIC, sebagai Peneraju Hab Keusahawanan dan Inovasi Serantau, termasuk RM10 juta sebagai dana permulaan untuk Corporate Entrepreneurs Responsibility Fund;

- RM30 juta untuk pelbagai program keusahawanan generasi muda seperti Global Entrepreneurship Community, BAHTERA, GREAT, 1MET, National Innovation Competition serta Projek Perintis Coding di sekolah.

- Bagi mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam sektor pembinaan, Kerajaan akan menggalakkan lagi penggunaan teknologi Industrialised Building System (IBS) dengan dana khas IBS Promotion Fund sebanyak RM500 juta disediakan melalui SME Bank sebagai pinjaman mudah kepada pemaju dan kontraktor kategori G5 dan ke bawah.

- Melanjutkan tempoh pelaksanaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau sehingga 31 Disember 2017 dengan dana sebanyak RM1.2 bilion.

Untuk perbandingan, kita imbas semula Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri setahun yang lalu.

Mewujudkan Research Incentive Scheme for Entreprise (RISE) dengan peruntukan RM10 juta untuk menggalakkan syarikat menubuhkan pusat penyelidikan dalam bidang berteknologi tinggi, ICT dan industri berasaskan pengetahuan.

Kerajaan memperuntukkan RM200 juta kepada MyCreative Ventures pada 2012. Lanjutan daripada ini, usaha ini diteruskan melalui Dana Industri Kandungan Digital di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebanyak RM100 juta.

Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di kawasan ekonomi berimpak tinggi diteruskan meliputi ibu negeri dan bandar terpilih di seluruh negara. Sebanyak RM2.7 bilion dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun membabitkan pembinaan 1,000 menara pencawang telekomunikasi baru dan pembinaan kabel dasar laut.

Kerajaan memperuntukkan RM1.3 bilion kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi melaksanakan program berkaitan, antaranya:

- Menyasarkan 360 produk inovasi berimpak tinggi dikomersialkan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

- Menyediakan dana penyelidikan sebanyak RM290 juta bagi menjalankan pelbagai aktiviti R&D yang berimpak tinggi.

- Menjenamakan semula SIRIM. Untuk itu, SME Technology Penetration, Upgrading Program dan Technology Auditing akan dilaksanakan.

- Memperkenalkan inisiatif baru iaitu Public Private Research Network yang diterajui Kementerian Pendidikan dengan kerjasama MTDC dengan peruntukan RM50 juta.

- Memperkukuhkan Program Technology Commercialization Platform oleh Agensi Inovasi Malaysia dengan tambahan RM50 juta.

- Talent Corp akan menyediakan RM30 juta bagi program Industry Academia Collaboration di mana, universiti, entiti kerajaan dan industri bekerjasama membangunkan kurikulum program keusahawanan serta latihan industri. Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi tumpuan bagi syarikat pemula atau start-up di rantau ini. Salah satu usaha adalah penubuhan MaGIC bagi mewujudkan ekosistem yang lebih kondusif untuk memudah cara syarikat start-up memulakan perniagaan. Justeru, bagi menarik lebih ramai usahawan ekspatriat syarikat start-up beroperasi di Malaysia, dicadangkan kriteria khas Modal Berbayar syarikat start-up ditetapkan sebanyak RM75,000. Usahawan ekspatriat start-up yang layak akan diberi Startup Work Pass untuk tempoh satu tahun.

Kalau dilihat, antara kedua-duanya beberapa dana dan pinjaman disediakan kepada usahawan teknologi tempatan namun hasil yang benar-benar memberangsang­kan belum lagi kelihatan.

Biasanya, kekangan yang berlaku itu adalah disebabkan syarikat tempatan tidak mempunyai rekod baik untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak bank bagi memperluaskan kegiatan masing-masing.

Inilah yang perlu menjadi fokus kepada agensi seperti MaGIC yang mendapatkan peruntukkan agak besar bagi memastikan kreativiti tempatan tidak dikekang hanya kerana kurangnya pengetahuan dalam menguruskan perniagaan.

Manakala bagi rakyat negara ini yang sememangnya kreatif, anda perlu melihat realiti bersandarkan kepada model perniagaan berdaya maju serta realistik dan bukannya syok sendiri.

Lebih-lebih lagi pelbagai syarikat pemula atau startup yang tumbuh seperti cendawan namun gendangnya hanya sekali ketuk saja.

Mungkin ramai kurang mengerti makna perkataan terbabit.

Perkataan start-up secara kasarnya bermakna anda baru saja memulakan syarikat dan mencari pelabur untuk meneruskan operasi berdasarkan idea asli yang diilhamkan.

Start-up mula diungkapkan syarikat teknologi yang baru saja bertapak namun disebabkan ramai dalam kalangan mereka berjaya, maka perkataan start-up menjadi popular. Misalnya, Facebook, Instagram dan WhatsApp yang semuanya bermula sebagai start-up.

Pelbagai kajian menunjukkan manusia mempunyai daya kreativiti dan imaginasi tersendiri yang mampu diterjemahkan ke dunia nyata.

Konsep terbabit mampu menjadikan anda berkecimpung terutama dalam bidang teknologi yang memerlukan idea baru bagi keperluan kehidupan.

Jika anda mempunyai idea bersesuaian, teruskan langkah merealisasikannya dalam bentuk aplikasi yang kini meluas memandangkan penggunaan telefon pintar bukan lagi keperluan asing dalam kehidupan.

Semua individu mempunyai keupayaan dengan idea bernas terutama penduduk Malaysia yang mampu ditransformasikan ke peringkat lebih jauh.

Apa yang diperlukan hanyalah tumpuan dan sokongan selain mampu berdikari.

Setiap kali idea itu datang, terjemahkannya ke peringkat lebih tinggi dan jangan sekali-kali mengalah jika gagal pada peringkat awal.

Golongan muda antara yang perlu memandang serius Bajet 2016 berkaitan syarikat pemula sekiranya mempunyai idea baik untuk menghasilkan produk sendiri.

Kebanyakan syarikat pemula yang membangunkan idea kreatif seperti aplikasi sekarang berdepan masalah untuk mengkomersialkan produk mereka kerana tidak diberi pendedahan sewajarnya berkaitan kehendak pasaran.

Ideanya mungkin baik, tetapi ia perlu diperluaskan supaya bertahan lama dan bukannya cukup makan setahun dua.

Golongan muda perlu diberi fokus kerana kita mahu bantu lepasan universiti atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

Ini kerana golongan ini yang akan memacu pembangunan ekonomi Malaysia pada masa depan.

Golongan muda mempunyai idea yang boleh dimajukan jika diberi peluang dan bimbingan sepatutnya.

Bagaimana agensi dapat membantu golongan usahawan teknologi muda ini untuk meningkatkan lagi perniagaan mereka?

Kebanyakan agensi ditubuhkan bagi membantu semua jenis usahawan berkaitan teknologi atau bidang lain.

Mereka akan mengumpulkan semua jenis usahawan dan mereka yang berminat dalam bidang teknologi dan menyediakan latihan serta bimbingan kepada mereka seperti diperuntukkan dalam bajet setiap tahun.

Antara program yang akan ditawarkan adalah jalinan kerjasama, mentor dan padanan perniagaan.

Golongan muda mempunyai banyak idea tetapi kurang pengalaman dan banyak yang kita dengar, tetapi malang ada antara idea akhirnya dibeli oleh syarikat besar dari luar negara.

Malaysia perlu melahirkan lebih ramai usahawan muda dalam bidang kreativiti dan inovasi. Ia bukan saja meningkatkan pendapatan mereka, bahkan mengharumkan nama negara.

Semuanya mampu dilaksanakan, namun golongan muda harus melepasi satu halangan iaitu pemikiran mereka sendiri.

Tahap kecekalan dan berdaya tahan jika mahu menjadi usahawan berjaya serta tidak hanya hangat-hangat tahi ayam di separuh jalan.

Sementara itu, dari aspek prasarana, pembangunan lebih banyak pencawang telekomunikasi dan pemasangan HSBB di kawasan bandar sememang langkah baik.

Tetapi kawasan luar bandar juga harus disediakan dengan kemudahan asas HSBB dan pencawang telekomunikasi yang berkelajuan sekurang-kurangnya 4G bagi memasikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pantas dunia maklumat kini.

Oleh Afiq Hanif
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2015 @ 10:41 AM

Diterbitkan dalam Arkib Kenyataan Akhbar
Isnin, 28 September 2015 15:46

Jerebu, Jangan Ambil Mudah

BERA 27 Sept. - Penutupan sesi persekolahan di negeri ini perlu dilakukan berdasarkan kepada pemantauan semasa dan tidak hanya berlandaskan kepada Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 semata-mata bagi mengelakkan risiko kesihatan dalam kalangan pelajar.

Sehubungan itu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan daerah perlu melakukan pemantauan dan mencadangkan penutupan sekolah sekiranya menjejaskan kesihatan pelajar meskipun IPU belum mencapai paras bahaya.

“Isu jerebu yang sedang me- landa negara pada masa ini perlu dipandang serius kerana melibatkan risiko kesihatan yang mana dalam isu ini kita memberi tumpuan kepada golongan pelajar sekolah.

“Jika paras IPU belum melebihi 200 tetapi didapati berbahaya kerana terdapat unsur lain seperti kebakaran dan sebagainya pihak sekolah boleh mencadangkan supaya sesi persekolahan ditutup,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Program Korban Perdana Felda Wilayah Mempaga di Padang Awam Felda Purun di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Negeri, Datuk Abu Bakar Harun dan Pengurus Besar Felda Wilayah Mempaga, Hasrin Ismail.

Pada majlis itu sebanyak 31 ekor lembu dikorban dan diagih- kan kepada peneroka Wilayah Mempaga.

Menurut Norol Azali, dalam keadaan jerebu yang melanda negara secara berterusan pada masa ini semua pihak perlu berhati-hati dan mengelakkan daripada terdedah secara berterusan dengan udara luar.

Justeru katanya, pihak sekolah juga perlu melakukan peranca- ngan teliti dan mengurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan risiko kesihatan dalam kalangan pelajar sekolah.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak Jabatan Kesihatan negeri sentiasa melakukan pemantauan terhadap tahap kesihatan penduduk di negeri ini dari semasa ke semasa ekoran jerebu.

Katanya, meskipun kehadiran pesakit ke hospital di seluruh negeri menunjukkan trend pe- ningkatan pada masa ini ia tidak membimbangkan kerana tiada kes serius dilaporkan akibat jerebu.

“Di Pahang kita mengambil tiga sampel iaitu di Gebeng, Indera Mahkota dan Jerantut yang setakat ini menunjukkan bacaan tidak sihat tetapi belum mencapai paras bahaya,” ujarnya.

www.utusan.com.my

Diterbitkan dalam Arkib Kenyataan Akhbar
Jumaat, 28 Ogos 2015 15:10

Doa Untuk Kesejahteraan Malaysia

SAMBUTAN kemerdekaan negara pada 31 Ogos setiap tahun adalah simbolik kebebasan negara daripada belenggu penjajahan sejak tahun 1511 hingga 1957. Dalam konteks hari amat bertuah itu, setiap warganegara khususnya Muslim semestinya memanjatkan doa memohon kesejahteraan kepada negara.

Diterbitkan dalam Arkib Kenyataan Akhbar
Halaman 1 dari 4

Hubungi Kami

  • Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang
  • Tingkat 9-12, Kompleks Tun Razak,
  • Bandar Indera Mahkota,
  • 25582 Kuantan, Pahang
  • Tel : +(609)-571 7000,
    Fax : +(609)-573 2837

Tarikh Kemaskini :
15 Ogos 2017

Piagam Pelanggan

Lapuran Pencapaian Bulanan PIAGAM PELANGGAN JKR Pahang terbaru 2016 boleh di dapati disini -

LAPORAN PENCAPAIAN PELANGGAN JKR PAHANG - Januari 2016 Sehingga November 2016

Pautan Berkaitan

mygov1malaysiaSPALHDNMAMPUMSCJPA1MTC